web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tol Percuma 2 Hari Kurangkan Kesesakan, Jimat Perbelanjaan - Pengguna

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 12:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengecualian bayaran tol pada 20 dan 21 Januari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina dapat menjimatkan kos perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tol.

Seorang pekerja swasta, Amir Zahin, 32, berkata inisiatif tersebut akan mengurangkan kesesakan yang biasanya dialami rakyat Malaysia setiap kali menjelang musim perayaan yang melibatkan pergerakan antara negeri.

“Bila tol percuma dilaksanakan, ia akan menyenangkan ramai orang (pengguna lebuh raya), sebab kita tak perlu beratur untuk bayar tol yang sudah semestinya melambatkan perjalanan dan menyebabkan kesesakan,” katanya yang akan menuju ke Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan, Sabtu ini.

Menurutnya, perayaan Tahun Baharu Cina turut melibatkan kaum lain yang juga mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. 

Penuntut Management and Science University (MSU) Chew Kai Li, 23,  berpandangan inisiatif itu juga dapat membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan perjalanan terutama perjalanan jauh membabitkan bayaran tol yang tinggi.

“Tol percuma ini sangat membantu sebab ia boleh menjimatkan kos perjalanan dan dapat mengelakkan kesesakan disebabkan Touch ‘n Go (TnG) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID),” kata pelajar wanita itu yang akan pulang ke Kuala Selangor Sabtu ini.

Seorang penjawat awam, Hanan Afiqa Mohd Jazri, 26, yang akan pulang ke Melaka Jumaat ini berkata tol percuma tersebut akan memanfaatkan semua kaum di negara ini yang turut mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman.

“Sebab selalunya cuti macam ini akan ada kenduri,  kita yang bukan kaum Cina pun nak balik kampung dan dapat jimat sikit,” katanya.

Seorang lagi penjawat awam, Lee Xi Yi yang akan pulang  ke Perak Sabtu ini menyambut baik pengecualian tol itu yang memudahkan rakyat untuk pulang sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian bayaran tol diberikan kepada pengguna lebuh raya seluruh negara melibatkan semua kelas kenderaan pada 20 dan 21 Jan ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Hapus Tol Sukar Dilaksanakan - Ahmad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja