web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Nelayan Myanmar Ditahan Ceroboh Perairan Negara

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 11:25AM

Pihak berkuasa menahan bot nelayan tempatan ini yang digunakan oleh lima warga Myanmar di Pulau Jarak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Berbekalkan azam mahu mencari hasil tangkapan lebih pada Ramadan, membuatkan lima warga Myanmar memberanikan diri memasuki zon larangan menangkap ikan menggunakan pukat tunda, kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan licik mereka itu berjaya dikesan Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dan menahan bot nelayan tempatan digunakan mereka di kedudukan 6.2 batu nautika barat daya Pulau Jarak, kira-kira jam 9.15 pagi.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, Kapal Maritim (KM) Nyalau yang sedang menjalankan tiga operasi iaitu Op Benteng, Sayong dan Tanjung berjaya mengesan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati, bot tersebut dikendalikan oleh empat kru warga Myanmar berusia lingkungan 21 hingga 31 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi kru memiliki permit yang telah tamat tempoh.

"Tekong dan kru serta bot ditahan dan dibawa masuk ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu Sitiawan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 menangkap ikan di zon yang dilarang dan menggunakan pukat tunda, serta Akta Imigresen 1959/63 menggunakan kru warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri sah," katanya di sini.

Shahrizan berkata, penahanan ini membuktikan bahawa APMM sentiasa bersiap siaga dalam menguatkuasakan undang-undang bagi membendung kegiatan jenayah di laut meskipun negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Getaran, 28 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad