Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Garis Panduan Mekanisme Teguran Perlu Ada, Elak Penjawat Awam Dianiaya - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 7:00PM

Garis panduan itu bertujuan untuk mengelakkan penganiayaan terhadap penjawat awam yang membuat teguran sedemikian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpendapat satu garis panduan jelas berhubung mekanisme teguran yang boleh diberikan penjawat awam terhadap anggota Jemaah Menteri perlu dikeluarkan kerajaan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, garis panduan itu bertujuan untuk mengelakkan penganiayaan terhadap penjawat awam yang membuat teguran sedemikian.

Katanya, jika tiada garis panduan yang jelas berhubung sistem aduan terutama dalam hal membabitkan kerahsian identiti pengadu, tempoh siasatan, jenis aduan dan ketelusan dalam siasatan, usaha itu tidak akan mendapat sambutan daripada penjawat awam. 

“Sebelum ini terdapat kes penjawat awam yang diberi tekanan seperti halangan kenaikan pangkat, pertukaran dan gangguan dalam jadual pekerjaan apabila melaporkan aktiviti salah laku dalam jabatan dan agensi kerajaan. 

“Tekanan ini mengakibatkan ramai penjawat awam hari ini 'takut' untuk melaporkan aktiviti salah laku tersebut, terutama melibatkan mereka yang berstatus Menteri ekoran bimbang karier mereka tergugat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Adnan berkata, pihaknya melihat terdapat kesukaran untuk penjawat awam memberi teguran kepada ketua jabatan masing-masing termasuk membabitkan Jemaah Menteri, ketika ini.

Jelasnya, kesediaan pegawai tertinggi serta Jemaah Menteri untuk menerima teguran masih lagi menjadi persoalan sama ada ia boleh diterima dengan baik atau sebaliknya. 

“Melalui pekeliling dan dasar sedia ada ketika ini pun amat sukar untuk penjawat awam memberi teguran membina kepada jabatan atau agensi masing-masing. 

“Jika mahu memberi teguran kepada Jemaah Menteri sudah tentu lebih sukar terutama kebimbangan penjawat awam itu sendiri mungkin akan menerima tekanan tertentu bukan sahaja daripada ketua jabatan bahkan pegawai Menteri itu sendiri,” katanya.

Justeru, katanya, perlu ada panduan atau sistem yang jelas diperkenalkan oleh kerajaan bagi membolehkan penjawat awam turut sama terlibat dalam memerangi gejala salah laku ini terutama membabitkan pegawai tertinggi kerajaan dan Menteri.

Katanya, keutamaan yang perlu diberikan oleh kerajaan adalah memastikan kerahsiaan pengadu itu sendiri, selain memastikan ketulenan aduan yang dibuat juga perlu ditangani dengan baik bagi memastikan ia dilaksanakan atau mempunyai penyelesaian sewajarnya. 

“Jika tidak mempunyai penyelesaian, ia hanya membuang masa sahaja. CUEPACS juga tidak mahu aduan yang tidak tulen dibuat sehingga boleh menjejaskan kredibiliti pegawai atau menteri yang terlibat. 

“Sebab itu, keperluan untuk memastikan garis panduan atau sistem pengaduan itu jelas adalah amat penting,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, pihaknya menyambut baik kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima teguran daripada penjawat awam terhadap kerajaan jika didapati melanggar undang-undang dalam hal berkaitan tata kelola pentadbiran. 

“Kami melihat kesediaan itu sebagai suatu yang amat baik memandangkan penjawat awam adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan selain mengetahui segala tindak tanduk pegawai atasan dan Menteri masing-masing,” katanya.
Semalam, Anwar meminta pegawai awam dan kakitangan awam menegur sebarang keputusan dibuat oleh Menteri, termasuk beliau sendiri jika arahan didapati melanggar peraturan undang-undang.

Katanya, pegawai yang melaksanakan arahan mengandungi apa disifatkan sebagai keterlanjuran tidak boleh dipersalahkan berikutan ia diminitkan oleh Menteri dan menyebabkan mereka mematuhinya. - Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

CUEPACS Bantah Benarkan Pelajar Asing Bekerja Di Malaysia

2

Semasa 3 bulan yang lalu

CUEPACS Harap KPPA Baharu Beri Keutamaan Segerakan Pelaksanaan Kadar Upah Yang Adil

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Amalan Buruh Paksa Dalam Negara Terkawal

4

Pendidikan 7 bulan yang lalu

Garis Panduan Konsert Di IPT: Pembabitan MPP Penuhi Aspirasi Mahasiswa

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 23 jam yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza