web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


444 Aduan Berkaitan Media Baharu Diterima Setakat Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 3:20PM

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak 444 aduan berkaitan media baharu setakat pertengahan bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, yang menyifatkan jumlah itu membimbangkan.

Sehubungan itu, beliau berkata MCMC telah merancang untuk memperkasa program dan aktiviti berkaitan penularan maklumat palsu, tuturan kebencian dan penipuan dalam talian ketika ini.

“(Aduan diterima) hanya pada Januari dan ini satu jumlah membimbangkan, saya harap inisiatif ini bukan hanya dapat diteruskan tetapi dilipatgandakan untuk memacu Malaysia ke arah dunia siber yang positif,” katanya ketika berucap melancarkan Ulang Tahun ke-10 Klik Dengan Bijak (KDB) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek dan Pengerusi Interim MCMC Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain.

KDB ialah sebuah inisiatif yang diperkenal pada 2012 untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna Internet tentang keselamatan dalam talian dengan menitikberatkan kawalan kendiri berdasarkan prinsip Rukun Negara.

Mengenai KDB, Fahmi menyarankan MCMC untuk menggunakan maklumat daripada orang ramai bagi menambah baik inisiatif berkenaan selaras perkembangan semasa.

“Kita mungkin perlu sedikit anjakan, audiens kita juga merupakan aktivis kita…jadi maklumat itu tidak disimpan untuk kegunaan mereka tetapi mereka secara aktif sampaikan kepada lain.

“Mungkin dari segi ini, saya ingin bincang dengan MCMC…terutama dengan sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi awam dan swasta kerana mereka golongan yang ramai sertai ekonomi digital yang sedang kita bangunkan,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau menyokong inisiatif KDB kerana ia memberi kesedaran serta pendidikan kepada orang ramai mengenai penggunaan Internet yang positif, produktif dan bertanggungjawab.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada MCMC kerana inisiatif KDB itu dicalonkan sebagai finalis untuk Anugerah World Summit of Information Society 2023 (WSIS_2023) yang akan berlangsung pada 17 hingga 23 Mac ini di Geneva, Switzerland. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 52 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad