Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Perbualan WhatsApps Akan Buktikan Wang RM2 Juta Bukan Untuk Guan Eng

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 2:04PM

Gobind Singh Deo - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan Lim Guan Eng mendakwa mempunyai bukti mencukupi untuk menepis keterangan saksi terdahulu yang mengaitkan Ahli Parlimen Bagan itu dengan tuduhan menerima wang sogokan berjumlah RM2 juta berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menyaksikan peguam bela utama Guan Eng, Gobind Singh Deo menegaskan bahawa wang tersebut tidak pernah ditujukan kepada anak guamnya berdasarkan perbualan di WhatsApp antara ahli perniagaan, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan G Gnanaeaja.

Gobind berkata, beliau akan membuktikan perkara tersebut jika pasukan pendakwaan diketuai oleh Wan Shaharudin Wan Ladin, memberi kerjasama dan menyediakan laporan penuh berhubung perbualan WhatsApp yang dimohon untuk diperoleh pasukan pembelaan pada Oktober lalu.

“Sebelum ini, perbualan atas talian diberikan kepada kami bermula 18 Ogos 2017. Bagaimanapun, jika dilihat pada perbualan sebelumnya (17 Ogos) ia akan membuktikan (Zarul) berbohong (mengenai pemberian wang kepada Guan Eng).

“Pasukan pendakwaan tahu apa yang kami mahukan namun ia menyukarkan kami (kerana) mereka tahu saya akan mendedahkan pembohongan mereka,” katanya pada prosiding di mahkamah, hari ini.

Mendakwa pasukan pendakwaan sengaja melewatkan perbicaraan dalam kes tersebut, Gobind kemudiannya menyoal balas saksi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Mohd Firdaus Wan Yusof untuk membuktikan kesahihan dokumen.

Ketika disoal oleh Gobind berhubung perbualan antara Zarul dan Gnanaraja pada 17 Ogos, Firdaus berkata, dia tidak pasti sekiranya perbualan tersebut akan membuktikan Guan Eng bukanlah penerima wang tersebut.

Ketika mengasak, Gobind berkata, beliau memiliki rakaman dari Mahkamah Sesyen Shah Alam ketika perbicaraan kes Gnanaraja yang didakwa menipu Zarul yang juga Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB).

“Saksi yang mengatakan ‘coklat’ adalah untuk (Guan Eng) memberikan testimoni palsu.

“Video itu menunjukkan Zarul, (mantan Pengarah Eksekutif Kanan CZCSB) Ibrahim Shahari dan (mantan Naib Presiden Kewangan dan Perkhidmatan Korporat CZCSB) Azli Adam menipu di mahkamah.

“Mereka memberitahu Mahkamah Shah Alam bahawa (Zarul) memaklumkan kepada mereka wang tersebut adalah untuk orang lain (bukannya Guan Eng),” katanya.

“Coklat” dan “Bigboss” adalah terma yang digunakan Zarul dan Gnanaraja untuk merujuk kepada wang dan Guan Eng, ketika mereka berkomunikasi.

Pihak pendakwaan bagaimanapun, membantah video tersebut untuk dipaparkan kepada Firdaus yang ketika ini adalah saksi kes kerana tidak relevan.

Hakim, Azura Alwi kemudian membenarkan Firdaus untuk membawa rekod perbualan tersebut untuk rujukannya ketika disoal balas esok, namun bertegas bahawa pasukan pembelaan perlu membuat permohonan rasmi jika mahu memperolehi rekod data forensik.

Pada 28 Jun tahun lalu, Ibrahim dan Adam memberikan keterangan bahawa wang syarikat yang diberikan kepada Guan Eng adalah sogokan, walaupun mereka tidak melihat transaksi berkenaan.

Guan Eng menghadapi pertuduhan menyalahgunakan kuasanya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang apabila menerima RM3.3 juta wang sogokan untuk membantu Konsortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd  (CZBUCG) yang dimiliki oleh Zarul untuk mendapatkan projek dasar laut dianggarkan bernilai RM6,341,383,702, antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng disakwa meminta rasuah sebanyak RM10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat Zarul sebagai suapan pada Mac 2011.

Guan Eng juga menghadapi dua pertuduhan menyebabkan dua bidang tanah, bernilai RM208.8 juta, milik kerajaan Pulau Pinang, dilupuskan kepada dua syarikat yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut negeri itu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan bersambung esok.  – Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Bantu Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy Dalam Aspek Pembangunan - Gobind

2

Politik 4 bulan yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

3

Politik 6 bulan yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 3 jam yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Semasa 1 jam yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon