web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Pencakar Langit Legasi Anwar, 'Saya Tak Akan Bersaing'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 10:24AM

Menurut Anwar Ibrahim, bangunan tinggi sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas dan Tun Razak Exchange (TRX) sudah pun mencukupi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk membangunkan sebarang mercu tanda atau bangunan pencakar langit sebagai legasi pentadbirannya.

Menurut beliau, bangunan tinggi sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas dan Tun Razak Exchange (TRX) sudah pun mencukupi.

“Saya jaga Kuala Lumpur, cukup mercu tanda Menara Berkembar (Petronas), TRX, saya tak akan bersaing. Di bawah Anwar, saya tak berhajat membuat mercu tanda.

“Saya fikir apa yang perlu ialah menjana keupayaan kota, kebersihan, keindahan dan ruang kepada PKS (pengusaha industri kecil dan sederhana).

“Selain tumpu kepada golongan penjaja, warung yang mencecah ratusan ribu orang tapi tak diberi tumpuan kerana gerai dilihat jelek,” katanya pada Ucaptama Dialog Belanjawan 2023, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Tambun itu turut memberitahu alasan beliau mengunjungi gerai pada setiap Jumaat kerana golongan tersebut tidak diendahkan oleh pentadbiran terdahulu.

“Itu sebabnya saya ke gerai setiap Jumaat. Ini yang dimaksudkan anjakan, usaha mengubah orientasi bagi memastikan bahawa sebaahgian besar rakyat dapat manfaat daripada inisiatif ekonomi atau reformasi.

“Apa salahnya dalam setahun ini kita boleh ada 30 ke 40 tempat peniaga kecil yang bersih dan indah, ia memberi manfaat kepada puluhan ribu warga miskin.

“Saya harap rakan syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) faham orientasi ini untuk CSR (tanggungjawab sosial korporat) dan lain-lain untuk bantu menjayakan,” katanya. - Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

KKD Teliti Keperluan Pinda Akta Perkhidmatan Pos - Fahmi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Dr Zaliha Gesa Exco Negeri Aktif Dalam Usaha Bentang Kertas Putih Kesihatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 48 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar