web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Di Kementerian Kewangan Saya Lihat Banyak Fail, Banyak Keterlanjuran…’ - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 10:17AM

Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa minit mesyuarat pentadbiran terdahulu, berdasarkan fail Kementerian Kewangan, menunjukkan bahawa dana awam digunakan secara berlebihan untuk projek pembangunan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pegawai awam perlu bertindak sebagai semak dan imbang terutamanya apabila mana-mana arahan Perdana Menteri tidak mengikut undang-undang dan peraturan dalam usaha memerangi rasuah dan pembaziran dana awam.

Dalam ucapan bulanannya kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa minit mesyuarat pentadbiran terdahulu, berdasarkan fail Kementerian Kewangan, menunjukkan bahawa dana awam digunakan secara berlebihan untuk projek pembangunan.

Sambil menyatakan pemahamannya bahawa pegawai awam pada masa itu mengikut arahan yang diberikan oleh Kabinet dan juga Perdana Menteri, Anwar berkata, amalan sedemikian tidak akan diterima dalam pentadbirannya.

“Penguatkuasaan (undang-undang) juga amat penting, terutama di Kementerian Kewangan. Saya telah melihat melalui banyak fail dan banyak keterlanjuran.

“Saya tidak boleh menyalahkan pegawai awam kerana mereka melaksanakan arahan Menteri dan juga Perdana Menteri.

“Tetapi saya sudah memberi arahan jelas bahawa walaupun ada arahan daripada Perdana Menteri yang dianggap melanggar undang-undang dan peraturan, sekurang-kurangnya saya perlu dimaklumkan terlebih dahulu.

"Apa lagi kalau dalam kalangan pegawai di pejabat saya, pejabat Timbalan Perdana Menteri dan pejabat Menteri lain,” katanya. 

Bagaimanapun, Anwar tidak menamakan pentadbiran yang dimaksudkannya itu.

Bulan lalu, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius terhadap prosedur berhubung dakwaan penyelewengan RM600 bilion dana kerajaan di bawah mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Angka itu kemudiannya disemak kepada RM92.5 bilion oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mengkaji pecahan dana pakej rangsangan ekonomi. 

Penggunaan wang itu kini sedang disiasat.
Muhyiddin sejak itu berkata, beliau bersedia untuk disiasat oleh pihak berkuasa dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan menerima sogokan daripada dana tersebut.

Sehingga hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta telah ditahan dan sedang disiasat atas peranannya sebagai orang tengah. – The Vibes, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad