web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kisah Pusat Jagaan Anjing Rainbow Raih Perhatian Ebit Lew

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 5:16PM

Ebit melahirkan rasa sedih selepas ramai pengguna media sosial memintanya menghulurkan bantuan kepada Pusat Jagaan Anjing Rainbow. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Lew tampil menghulurkan bantuan kepada Pusat Jagaan Anjing Rainbow yang diarahkan tutup oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Dalam video terbaharu yang dikongsinya, Ebit Lew melahirkan rasa sedih selepas ramai pengguna media sosial memintanya menghulurkan bantuan terhadap pusat jagaan itu yang sudah beroperasi hampir 10 tahun.

“Sedih ramai tag saya mengenai Pusat Jagaan Anjing Rainbow yang dah 10 tahun kutip anjing jalanan tapi diarahkan tutup dan mungkin anjing akan dihapuskan.

“Mereka rawat, jaga dan beri makan anjing-anjing jalanan,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, susulan arahan MPKj, beliau sudah pun mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Menurutnya, perbincangan tersebut membuahkan hasil positif apabila majlis perbandaran memberikan lebih masa untuk pihaknya mencari lokasi baharu bagi menempatkan pusat jagaan haiwan berkenaan.

“Syukur pergi berbincang dengan Majlis Bandaran. Mereka gembira beri masa sedikit dan gembira kami cuba bantu cari tempat yang lebih sesuai untuk mereka. Mungkin jauh dari mana-mana penempatan,” katanya.

Beliau juga berkongsi kegembiraan seorang wanita yang juga pemilik pusat jagaan tersebut apabila kesusahannya mendapat perhatian.

“Masa sampai, wanita India ini menangis sebak terharu. Beliau selalu mengikuti saya di media sosial. Beliau minta kata semangat dan doa.

“Terharu dengar beliau menguruskan semua ini. Hidupnya diabdikan untuk kerja ini. Kakak ini baik orangnya.

“Anjing ni dah macam anak-anak dijaga olehnya. Seronok dapat bagi makan dan bantu sedikit,” katanya.

Justeru, Ebit Lew berkata, pihaknya sudah pun memulakan proses mencari tanah yang sesuai untuk menempatkan pusat jagaan haiwan tersebut dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, kisah Pusat Jagaan Anjing Rainbow tular di media sosial apabila pemiliknya merayu bantuan orang ramai selepas diarahkan menutup pusat tersebut, susulan aduan dibuat orang ramai kepada MPKj. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Analisis Pemacu Pena Dipercayai Mengandungi Bahan Lucah Ambil Masa 2 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kumpulan Whatsapp Mengandungi Gambar, Video Berunsur Lucah Ditemukan Dalam Telefon Bimbit - Saksi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

936 Gambar Tangkap Layar Sejarah Layari Laman Sesawang Lucah Dalam Telefon Bimbit - Saksi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Terdapat Sejarah Layari Laman Sesawang Lucah Dalam Telefon Bimbit Dianalisis Polis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad