web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasangan Kekasih Antara 3 Ditahan Edar Dadah Lebih RM150,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 7:04AM

Dalam serbuan pertama, polis telah merampas dadah jenis heroin dan pil eramin5 berjumlah RM117,000 - Gambar Facebook Polis KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang, yang dianggarkan bernilai RM154,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua yang berusia lingkungan 18 hingga 43 tahun itu ditahan dalam dua serbuan Op Acacia oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Selasa lepas.

Beliau berkata dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Taman Desa, di sini, polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang merupakan pasangan kekasih serta merampas dadah jenis heroin dan pil eramin5 berjumlah RM117,000, sebuah kereta jenis Mercedes-Benz, sebentuk cincin emas dan wang tunai RM1,200.

"Dalam serbuan kedua pada hari sama di tempat letak kereta di Jalan Imbi pula, polis menahan seorang lagi lelaki dan merampas syabu bernilai RM37,000 serta sebuah kereta jenis Toyota Camry.

"Sindiket yang disyaki aktif sejak dua bulan lepas itu menjadikan kondominium yang memiliki pengawal keselamatan sebagai tempat penyimpanan dadah untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata kesemua dadah yang boleh menampung penggunaan 20,000 penagih itu disyaki diperoleh daripada seorang pengedar tempatan di ibu negara.

Beliau berkata kesemua yang ditahan didapati tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan.

"Dua lelaki itu masing-masing mempunyai 23 dan enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta positif terhadap dadah jenis morfin dan methamphetamine," katanya dan menambah kesemuanya direman hingga Selasa ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad