Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Sebabkan Nahas 6 Kenderaan Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 5:57PM

S Vijaya Rao - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pemandu lori yang dipercayai menjadi punca nahas enam kenderaan di Lebuhraya Persekutuan berhampiran susur keluar ke Bukit Raja, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, tangkapan dilakukan susulan siasatan yang dijalankan pihaknya, sebaik menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya kemalangan disyaki berlaku apabila lori dipandu suspek melanggar kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat susur keluar itu.

“Ia menyebabkan semua kenderaan bergerak ke hadapan dan berlanggar antara satu sama lain.

“Seorang penumpang di dalam kereta paling belakang maut di lokasi kejadian akibat tersepit, manakala dua lagi penumpang dalam kenderaan sama mengalami kecederaan,” katanya hari ini.

Vijaya berkata, mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat manakala dua lagi yang cedera dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan.

Beliau memberitahu, mangsa yang cedera mengalami luka di kepala manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu lori tersebut jelasnya lagi, ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Abdul 'Azim Mazlan di talian 013-4146144.

“Orang ramai dinasihati supaya sentiasa memandu secara berhemah dan berhati-hati di jalan raya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, seorang lelaki, A Rahman Md Amin, 57, yang juga pemastautin tetap disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit dalam kenderaan dinaikinya. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Kes Gaduh Anggota Tentera 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kejar Lebih 15Km, Polis Tahan Lelaki Di BKE

3

Semasa 4 hari yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Siasat Insiden Conteng Masjid Di KKB

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perselisihan Faham Punca Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol - Polis

Pendidikan 1 hari yang lalu

Bantah Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera, MPP UiTM Gerakkan Kempen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Kes Gaduh Anggota Tentera 

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam