web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anjing Terbiar: JPV Keluar Notis Penambahbaikan Kepada MPKL

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 5:17PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mengeluarkan Notis Penambahbaikan di bawah Seksyen 25 Akta 772 dan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Notis Penambahbaikan) 2020 kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), berhubung pengurusan anjing terbiar di Pusat Kurungan Anjing Terbiar kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

JPV dalam kenyataan hari ini berkata notis itu dikeluarkan untuk mengarahkan pihak MPKL mengambil apa-apa langkah mengikut perundangan sedia ada bagi memastikan kebajikan haiwan itu dipenuhi, termasuk mematuhi perundangan di bawah PBT berkenaan.

Menurutnya ia selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan di pusat kurungan yang terletak di Banting, Selangor pada 9 Januari lepas susulan aduan orang awam, dan mendapati ada 94 anjing diletakkan dalam tujuh bilik berasingan, yang dianggarkan berkeluasan 30 kaki persegi setiap satu.

“Bilangan anjing yang diletakkan dalam bilik itu tidak memenuhi keperluan persekitaran kebajikan haiwan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya pemeriksaan susulan ke pusat kurungan itu mendapati pihak MPKL telah mengambil tindakan penambahbaikan kepada arahan notis berkenaan dengan menyerahkan semua anjing kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memohon untuk menjaga haiwan itu.

Sebelum ini tular beberapa keping gambar anjing yang kurus dan kelihatan tidak terurus di pusat kurungan haiwan yang didakwa bawah kendalian MPKL. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Berkongsi Rezeki Di Pagi Hari

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Anjing Lumpuh Perlu Bantuan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Halang Pegawai MBPJ Bertugas

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad