web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Halang Pegawai MBPJ Bertugas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 12:17PM

Patrick Khoo Khian Wui, 69, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas yang didakwa menghalang pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan tugas semasa operasi menangkap anjing mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini, hari ini.

Patrick Khoo Khian Wui, 69, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa.

Pertuduhan menyatakan Patrick didakwa dengan sengaja menghalang pegawai berkenaan, Azizul Azzim Norehan daripada menjalankan tugasnya semasa kejadian pada 22 Mac lalu.

Insiden itu turut menyaksikan pergelutan antara mereka, dengan Patrick mengalami kecederaan di rahang dan lengan selepas dipukul dengan batang besi yang digunakan untuk menangkap anjing.

Patrick didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas mereka.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan insiden membabitkan tertuduh bergelut dengan anggota MBPJ ketika cuba melindungi beberapa ekor anjing liar daripada ditangkap - Gambar Fail
Sebelum ini, tular video yang memaparkan insiden membabitkan tertuduh bergelut dengan anggota MBPJ ketika cuba melindungi beberapa ekor anjing liar daripada ditangkap - Gambar Fail

Jika didapati bersalah, Patrick berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Shahril turut menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 16 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farhanah Fuad manakala tertuduh diwakili peguam Rajsurian Pillai dan Tay Chee Fu.

Sebelum majistret menetapkan jumlah ikat jamin, Farhanah telah meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000, yang dibantah peguam tertuduh.

Meminta jaminan ditetapkan pada kadar maksimum RM1,000, Rajsurian berhujah bahawa pengurusan jaminan mesti mempertimbangkan doktrin undang-undang bahawa tertuduh tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Beliau juga menegaskan bagaimana Patrick yang bekerja sendiri, dengan rela hati mematuhi usaha penyiasatan oleh polis yang menyiasat kes itu.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan insiden membabitkan tertuduh bergelut dengan anggota MBPJ ketika cuba melindungi beberapa ekor anjing liar daripada ditangkap.

Kejadian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat yang mempersoalkan prosedur operasi standard MBPJ ketika melakukan operasi tersebut.

MBPJ juga mengumumkan bahawa jawatankuasa siasatan dalaman telah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pada Rabu, bahawa tiada pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan akan dikenakan terhadap Azizul kerana peranannya yang jelas dalam pergelutan itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung selepas itu menyatakan solidaritinya terhadap Patrick sambil menegaskan insiden tersebut "mendedahkan kelemahan prosedur" dalam pengurusan haiwan terbiar MBPJ. – The Vibes, 31 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad