web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buang Sisa Pepejal Komersial Secara Haram, Syarikat Didenda RM15,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 9:28PM

Perbuatan OKS telah meningkatkan kos pembersihan yang perlu ditanggung oleh kerajaan kerana tidak dilakukan di tempat dan kaedah yang betul - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sebuah syarikat berkaitan kerja-kerja perkayuan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini kerana membuang sisa pepejal komersial secara haram pada Ogos tahun lepas.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Jun Kiat Trading yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) selepas pengarah syarikat itu Tan Choon Kiat, 55, mengaku bersalah atas pertuduhan. 

OKS membayar denda tersebut.

Syarikat itu didakwa melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal komersial di tanah milik nombor GRN 61453 yang beralamat Lot 26957 Mukim Batu Berendam pada 1.10 petang, 16 Ogos 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 71 (8) akta sama yang boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Abd Hadi Abd Wahab memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal atas alasan kesalahan itu melibatkan persekitaran dan kesihatan kerana dilakukan berhampiran kawasan perumahan. 

Beliau berkata perbuatan OKS telah meningkatkan kos pembersihan yang perlu ditanggung oleh kerajaan kerana tidak dilakukan di tempat dan kaedah yang betul.

OKS yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan ia kesalahan pertama syarikat selain terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengikut fakta kes, pemantauan dan pengintipan penguat kuasa SWCorp cawangan Hang Tuah Jaya dan SWCorp Melaka di Taman Sutera Wangi mendapati sebuah lori mencurigakan dengan muatan penuh sisa pepejal terkawal (sisa pepejal komersial) telah melonggokkan bahan itu di kawasan tersebut.

Siasatan mendapati sisa longgokkan tersebut dilakukan sebuah syarikat perniagaan berkaitan kerja-kerja kayu seperti baik pulih perabot dan kabinet dapur.

Semakan dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian Melaka mendapati tanah tersebut merupakan tanah milikan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad