web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kuota Haji Malaysia Kembali Normal Iaitu 31,600 Jemaah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 11:45AM

Datuk Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuota haji yang diterima Malaysia tahun ini kembali kepada asal iaitu 31,600 jemaah berbanding 14,306 tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, kelulusan tersebut diberikan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat sempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 anjuran kerajaan negara itu, semalam.

Menurutnya, Dr Tawfiq Fawzan menerusi mesyuarat berkenaan turut memuji Malaysia, khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haj dan tahap layanan jemaah haji yang perlu dicontohi pihak lain.

Katanya, mesyuarat tersebut berlangsung dengan penuh mahabbah (pengorbanan, perjuangan, takwa, keadilan, kejujuran, amanah dan bertanggungjawab).

“Mesyuarat ini khusus bagi membincangkan aspek persiapan musim haji tahun 2023.

“Saya menegaskan, TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan diadakan Kerajaan Arab Saudi,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Mohd Na’im berkata, beliau bagi pihak kerajaan Malaysia menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas kuota diberikan itu.

“Saya yakin penilaian sudah dibuat oleh kerajaan Arab Saudi dari semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin ketika menunaikan rukun Islam yang ke lima.

“Saya memohon kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar,” katanya.

Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi meluluskan 14,306 kuota haji Malaysia iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan terpakai kepada semua negara.

Kuota berkenaan adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan jutaan jemaah yang dibenarkan menunaikan ibadah tersebut, susulan pandemik COVID-19.

Jemaah haji yang dibenarkan pula adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.

Pada tahun 2019, kuota haji diperoleh Malaysia adalah sebanyak 31,600 manakala pada 2020 serta 2021, pelaksanaan ibadah itu tidak dibenarkan susulan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan sempadan negara ditutup. - Getaran, 10 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Haji 2023: Keutamaan Untuk Bakal Jemaah Dalam Senarai 2020, 2021, 2022 - TH

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada ‘Pilih Kasih’ Dalam Kuota Rayuan Haji – Ahmad Marzuk

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Malaysia Mohon 5,000 Tambahan Kuota Haji

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Jumlah Kuota Jemaah Haji Malaysia Dikurangkan 55 Peratus, Hanya 14,306 Layak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar