web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Haji 2023: Keutamaan Untuk Bakal Jemaah Dalam Senarai 2020, 2021, 2022 - TH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 3:21PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tabung Haji (TH) akan memberi keutamaan kepada bakal jemaah yang tersenarai pada tahun 2020, 2021 dan 2022, mengikut prinsip sistem pendaftaran bagi musim haji tahun depan.

Keutamaan tersebut diberikan susulan penangguhan ibadah haji untuk rakyat Malaysia akibat pandemik COVID-19 selama dua tahun yang melanda negara sebelum ini.

Jurucakap TH berkata, seramai 3.8 juta pendeposit setakat ini telah mendaftar dan sedang menunggu giliran untuk menunaikan rukun Islam kelima tersebut.

“Bagaimanapun, kuota haji Malaysia dan lain-lain negara dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) adalah pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara.

“Pada setiap musim haji, terdapat kekosongan disebabkan permohonan untuk menangguh giliran atas pelbagai sebab seperti kesihatan, pendidikan anak dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kekosongan tersebut akan diisi dengan senarai jemaah yang menunggu atau memberi pertimbangan kepada mereka yang mengemukakan rayuan.

“Pemilihan rayuan haji dilakukan mengikut beberapa kriteria tertentu, dengan keutamaan diberikan kepada rayuan mahram,” katanya.

Bagaimanapun jelas jurucakap itu, kerajaan Arab Saudi buat masa ini masih belum menetapkan kuota haji rasmi atau syarat pemilihan bakal jemaah haji untuk musim 1444 Hijrah.

“Dalam urusan berkaitan haji dan umrah di Tanah Suci, kerajaan Arab Saudi kini giat membangunkan dua kota suci Makkah dan Madinah bagi meningkatkan fasiliti serta kapasiti jemaah, bertujuan memberi keselesaan kepada mereka di masa akan datang,” katanya.

 Berdasarkan Visi 2030 Kerajaan Arab Saudi, jumlah jemaah haji disasarkan untuk meningkat kepada 5.4 juta menjelang 2030.

“Oleh yang demikian, TH optimis jumlah jemaah haji negara juga akan meningkat dan membolehkan masa menunggu untuk menunaikan ibadah itu dapat dipendekkan.

“TH sentiasa komited dalam menambah baik proses demi kepentingan pendeposit dan jemaah.

“Umat Islam dan orang ramai di alu-alukan memberi apa jua cadangan dalam usaha menambah baik perkhidmatan, sekali gus memastikan TH kekal kukuh demi kepentingan pendeposit serta jemaah haji di masa akan datang,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

2 tahun yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad