web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada ‘Pilih Kasih’ Dalam Kuota Rayuan Haji – Ahmad Marzuk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 8:00PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Tiada kuota haji dikhususkan untuk proses rayuan haji walaupun membabitkan golongan kenamaan kerana ia berdasarkan sistem pendaftaran, penggiliran dan kekosongan semasa.

Justeru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menegaskan, tidak sepatutnya wujud dakwaan bahawa berlaku ‘pilih kasih apabila rayuan segelintir bakal jemaah ditolak, kononnya disebabkan kuota istimewa yang ditetapkan untuk golongan VIP.

Katanya, jumlah individu yang merayu sangat tinggi iaitu hampir 50,000, manakala kekosongan tempat adalah terhad.

“Ada kekosongan kerana terdapat jemaah yang sudah menerima tawaran tetapi tidak dapat pergi atas faktor kesihatan, tarik diri, selain meninggal dunia.

“Jadi ada beberapa kekosongan pada saat akhir dibuka kepada jemaah lain yang mengemukakan rayuan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau mengulas persoalan segelintir pihak dan bakal jemaah haji yang tidak berpuas hati apabila rayuan mereka ditolak, malah ada dakwaan mengatakan ia disebabkan wujud kuota khas kepada kenamaan.

Ahmad Marzuk berkata, mustahil untuk Tabung Haji (TH) memenuhi jumlah semua rayuan yang terlalu ramai sehingga ada antara mereka tidak berpuas hati.

“Biasalah benda (kuota) sedikit, ada orang dapat, dia gembira dan ada orang tak dapat, dia tak seronok, tambahan kawan-kawan di sebelah dapat pula panggilan menunaikan haji,” katanya.

Menurut Ahmad Marzuk, TH mempunyai mekanisme tersendiri dalam soal menentukan dan mengurus rayuan, selain menegaskan perkara itu tidak ada campur tangan pihak luar.

Jelasnya, individu yang sudah mendapat tempat untuk ke tanah suci kali ini, tetapi terpaksa menangguhkannya atas halangan tertentu akan diberikan keutamaan pada tahun depan.

Mengulas mengenai isu jemaah tidak dibenarkan membawa pulang sendiri air zam zam, beliau berkata, peraturan itu adalah atas ketetapan syarikat penerbangan.

“Mana-mana syarikat penerbangan, termasuk Saudi Airlines tidak membenarkan jemaah bawa air zam zam di dalam pesawat, lagi pun jemaah tidak perlu bersusah payah membawa beban air zam zam seberat 10 kilogram sebotol.

“TH akan uruskan mana-mana jemaah haji yang pergi dengan agensi itu dan mereka akan menerima air zam zam selepas tiba di tanah air. Cara itu lebih memudahkan, malah menepati daripada segi prosedur operasi standard (SOP) syarikat penerbangan,” katanya. - Getaran, 3 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi