web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Sabah Sokong Cadang Wujudkan Kerajaan Perpaduan - Bung Moktar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 11:09AM

Bung Moktar Radin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO Sabah menyokong penuh cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kerajaan perpaduan diwujudkan bagi menyelesaikan krisis politik negeri.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau optimis saranan Perdana Menteri itu mampu menangani kemelut berkenaan dengan efisien.

Menurut beliau, kewujudan kerajaan perpaduan dapat meredakan suhu dan seterusnya menstabilkan politik di Sabah.

“Saya juga berharap agar Ketua Menteri (Sabah), Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima dengan hati yang terbuka saranan daripada Perdana Menteri, ini demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya melalui hantaran di Facebook awal pagi tadi.

Politik Sabah kembali bergolak apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah pada 6 Januari lalu mengumumkan untuk menamatkan kerjasama yang dimeterai bersama Perikatan Nasional (PN) sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata, sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO tidak dapat menghadirkan diri pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga DUN Sabah ke-16 hari ini.

Menurutnya, ia adalah disebabkan mereka perlu berangkat ke ibu negara untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO.

“Bagaimanapun, saya bersama ADUN UMNO Sabah turut menyokong penuh Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 pada hari ini,” katanya. - Getaran, 10 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

4

Politik 2 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad