web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Indonesia Sahabat Sejati Ketika Saya Terlempar, Terbuang, Tersisih - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2023 8:02PM

Indonesia juga menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap penglibatan Anwar Ibrahim sebagai ahli politik sejak dahulu, termasuk ketika waktu sukar sehingga dilantik Perdana Menteri Ke-10 - Gambar Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pemilihan Indonesia sebagai negara pertama untuk lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah disebabkan republik itu dianggap sebagai ‘sahabat sejati’ Malaysia.

Menjelaskan perkara itu, Anwar berkata, negara pimpinan Presiden, Joko Widodo atau mesra dipanggil Jokowi itu bersikap mesra terhadap beliau.

Katanya, negara berkenaan juga menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap penglibatannya sebagai ahli politik sejak dahulu, termasuk ketika waktu sukar sehingga dilantik Perdana Menteri Ke-10.

“Pertama, Indonesia ini jiran, serumpun dan persahabatan baik.

“(Indonesia) Sahabat sejati dalam keadaan saya itu terlempar, terbuang, tersisih, Indonesia itu terima saya sebagai sahabat sejati.

“Jadi saya tidak melupakan, sebab itu kita memberikan keutamaan untuk merentas dalam hubungan dua hala bilateral dengan Indonesia,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya wartawan republik berkenaan apakah alasan di sebalik pemilihan Indonesia, sebagai negara pertama untuk dilawati beliau selepas dilantik ke jawatan Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.

Terdahulu, Anwar menyaksikan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, menandatangani pelbagai memorandum persefahaman (MoU) dan surat hasrat dengan rakan sejawatan di Indonesia.

Terdahulu, Anwar menyaksikan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, menandatangani pelbagai memorandum persefahaman (MoU) dan surat hasrat dengan rakan sejawatan di Indonesia - Gambar Jabatan Perdana Menteri
Terdahulu, Anwar menyaksikan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, menandatangani pelbagai memorandum persefahaman (MoU) dan surat hasrat dengan rakan sejawatan di Indonesia - Gambar Jabatan Perdana Menteri

Selain itu, Perdana Menteri berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Jokowi di Istana Presiden di Bogor pagi esok.

Katanya, beliau bakal mengusul dan membincangkan 12 perkara bersama pemimpin itu pada pertemuan empat mata berkenaan.

“Esok akan ke istana, insya allah ada 12 perkara,” katanya.

Anwar kini berada di Jakarta, Indonesia bagi lawatan rasmi pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan itu.

Pesawat khas membawa Anwar ke Jakarta tiba pada 1.57 tengah hari ini di Lapangan Terbang Soekarno Hatta.

Pengerusi PH itu diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan dua hari hingga esok.

Ketibaan beliau disambut Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia, Basuki Hadimuljono serta Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono. 

Anwar pertama kali disingkirkan daripada politik arus perdana Malaysia pada akhir 1990-an ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau kemudian disabitkan kesalahan dan dipenjara atas tuduhan liwat.

Selepas dibebaskan, Ahli Parlimen Tambun itu mengingati betapa ramai pemimpin dan Presiden Indonesia yang tidak pernah menyisihkan beliau, sebaliknya terus mengalukannya ke negera berkenaan.

Malah, anak perempuannya, Nurul Izzah menerima sambutan luar biasa di Jakarta setiap kali berkunjung ke situ. - Getaran, 8 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad