web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAIS Iktiraf Pernikahan Hanya Jika Berdaftar Dengan JAIS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2023 4:32PM

Walaupun pernikahan itu sah di sisi Islam, setiap pasangan yang gagal mendaftar tetap tidak diiktiraf dan ia sekali gus akan menimbulkan pelbagai masalah lain pada masa akan datang - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak mengiktiraf mana-mana pernikahan pasangan tempatan di luar negara sekiranya pasangan itu tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata walaupun pernikahan itu sah di sisi Islam, setiap pasangan yang gagal mendaftar tetap tidak diiktiraf, dan ia sekali gus akan menimbulkan pelbagai masalah lain pada masa akan datang.

"Contohnya seperti urusan anak hendak berkahwin, susah jika perkahwinan ibu bapa tidak didaftarkan dan diiktiraf di Selangor...begitu juga berkaitan pembahagian harta pusaka,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan Program Sumbangan Pasca Banjir MAIS serta anak syarikat ke Terengganu dan Kelantan di sini, hari ini.

"Ruang untuk bernikah di Malaysia terbuka luas, tiada masalah, malah kita juga mengadakan kursus perkahwinan yang tidak dilakukan oleh mana-mana negara, paling kurang pun mereka bertanya soalan rukun nikah atau tiada apa-apa," tambahnya.

Selain itu katanya Selangor juga tidak mengiktiraf apa-apa jenis pakej pernikahan di luar negara termasuk Thailand dan Indonesia.

Sementara itu merujuk kepada program hari ini, Abdul Aziz berkata MAIS menyumbangkan bantuan kewangan dan bahan makanan asas berjumlah RM200,000 bagi meringankan beban mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya MAIS menyalurkan RM125,000, manakala baki RM75,000 disumbangkan oleh anak syarikat dan agensi dikelolakannya, iaitu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Universiti Islam Selangor (UIS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) serta Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

Sumbangan itu disalurkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

2

Luar Negara 3 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Luar Negara 4 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Kes Baharu Hantavirus Dalam Kalangan Individu Dikuarantin Di Hospital Madrid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam