web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Segerakan Penubuhan IPCC Bendung Salah Laku Warga PDRM, Tangani Prejudis Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 11:13AM

Ada dalam kalangan anggota keselamatan, melakukan jenayah dan mengambil kesempatan terhadap orang awam. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Salah laku membabitkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepatutnya tidak berlaku kerana tanggungjawab mereka adalah untuk menjaga serta mengutamakan keselamatan rakyat.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Profesor Datuk Dr Noor Aziah Mohd Awal berkata, apa yang membimbangkan adalah perkara sebaliknya berlaku apabila ada dalam kalangan anggota keselamatan tersebut, melakukan jenayah dan mengambil kesempatan terhadap orang awam.

Justeru, beliau berpendapat, sudah tiba masa kerajaan mempercepat penubuhan Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) bagi membendung salah laku membabitkan warga PDRM, sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pasukan keselamatan tersebut.

Dr Noor Aziah Mohd Awal - Gambar fail
Dr Noor Aziah Mohd Awal - Gambar fail

“Saya amat memandang serius berkaitan isu salah laku pegawai dan anggota polis sejak kebelakangan ini. IPCC memang sepatutnya sudah ditubuhkan.

“IPCC akan mempercepatkan siasatan dan lebih bersifat berkecuali. Jika (sesuatu) kes melibatkan polis dan (ia) disiasat PDRM, mungkin berlaku bias (berat sebelah).

“IPCC mestilah bebas dan berkecuali, jadi rakyat akan lebih yakin kepada kewujudannya,” katanya kepada Getaran.

Noor Aziah berkata, IPCC perlu diberikan ‘taring’ supaya bukan saja boleh menyiasat kes, malah mampu mengheret suspek ke muka pengadilan.

“Jika IPCC ditubuhkan (badan itu) mesti ada kuasa mutlak (untuk) mendakwa,” katanya.

Pada masa sama, Noor Aziah yang juga Profesor Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) berkata, kuasa IPCC juga tidak seharusnya terhad kepada menyiasat salah laku membabitkan pasukan PDRM, tetapi juga boleh menjalankan siasatan terhadap kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah, katanya, sudah tiba masa kerajaan mengasingkan Jabatan Pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ujarnya, ketika ini hasil kes disiasat PDRM dan SPRM dihantar ke AG, justeru mungkin boleh berlaku konflik di situ, termasuk tiada pendakwaan sepatutnya dilakukan.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, IPCC hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat sesuatu laporan salah laku, namun tindakan seperti pendakwaan dan sebagainya terletak kepada pihak lain.

Situasi itu, katanya, membimbangkan kerana walaupun tertubuhnya badan tersebut, prejudis dalam kalangan rakyat tetap menebal terhadap PDRM.

Beliau berkata, sebaliknya terdapat beberapa saluran boleh diambil individu jika berlaku salah guna kuasa atau jenayah membabitkan warga PDRM.

“Ada pelbagai mekanisma sebenarnya, sebagai contoh mereka boleh berjumpa dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri untuk melaporkan sebarang salah laku dan jenayah membabitkan warga PDRM.

“Mereka juga boleh membuat laporan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bagi membolehkan tindakan diambil,” katanya.

Kamal Affandi turut berpendapat bahawa kini adalah masa sesuai untuk Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) tampil untuk mengambil tindakan berhubung isu salah laku membabitkan anggota PDRM.

“SPP ini tugas mereka bukan saja untuk berbincang menentukan siapa bakal Ketua Polis Negara atau meluluskan kenaikan pangkat seseorang pegawai dan anggota PDRM, sebaliknya boleh menerima aduan daripada orang awam membabitkan isu PDRM.

“Jadi banyak sebenarnya mekanisma boleh digunakan orang awam, namun untuk mengatakan PDRM tidak telus atau cuba menyembunyikan kes salah laku warganya, agak kurang betul kerana jika ia dilakukan bagaimana media dapat maklumat dan melaporkannya,” katanya. - Getaran, 7 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek