web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Akan Pastikan Kapal Peronda OPV 1 Siap Mac Ini - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 3:07PM

Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau dan timbalannya, Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengikuti perkembangan projek tersebut secara dekat untuk memastikan pembinaan kapal berkenaan siap dalam masa yang ditetapkan - Gambar Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PULAU INDAH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan Projek pembinaan Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu disiap pada Mac tahun ini seperti yang ditetapkan dalam komitmen asal.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau dan timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengikuti perkembangan projek tersebut secara dekat untuk memastikan pembinaan kapal berkenaan siap dalam masa yang ditetapkan.

"Namun, jujurnya saya fikir mereka masih perlukan tempoh lagi selepas Mac (tarikh sepatutnya siap kapal OPV 1), (tetapi) tidak lama, tahun ini perlu ada.

"Saya menyebut dengan jelas pendirian kerajaan supaya tarikh serahan ini tidak diubah atau dilanjut pada tempoh yang panjang atas alasan yang kita tidak boleh kompromi," katanya kepada media selepas meninjau pembinaan kapal OPV 1 di sini, hari ini.

Media melaporkan kerajaan menyuntik pinjaman berjumlah RM152.6 juta untuk memastikan projek kapal OPV 1 milik APMM disiapkan pada tahun ini dan projek itu kini diambil alih Kementerian Kewangan.

Justeru, Saifuddin berkata peruntukan tambahan tersebut diharap dapat membantu untuk menyiapkan projek tersebut dalam masa yang ditetapkan

"Semua komponen utama sudah (dipasang), akan ada bot pengiring sampai. Semuanya tersangkut kerana aspek bayaran.

"Tapi dengan suntikan baharu, saya harap aspek itu tidak menjadi masalah," katanya.

Sementara itu, Saifuddin turut memaklumkan pembinaan kapal OPV 2 dijangka siap pada Oktober depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad