web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Dipanggil Ke Bukit Aman, Siasatan Audio Baru Bermula? 

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 12:04AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika negara dilatari pelbagai isu yang memerlukan perhatian segera, tindakan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk disoal siasat berhubung rakaman audio, hanya selepas tiga minggu ia tular sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya.

Mengapa hanya selepas hampir sebulan ia tersebar, tindakan baru diambil sedangkan pelbagai pihak sudah mendesak siasatan segera dijalankan sebaik ia mula tular?

Menurut sumber, Anwar diminta hadir ke Bukit Aman pada jam 10 pagi Selasa bagi memberikan keterangan berhubung rakaman audio perbualan yang didakwa membabitkan beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber memberitahu, Presiden PKR itu akan ditemani peguamnya, Sankara N Nair.

Antara lain, 'Anwar' menerusi perbualan penuh kontroversi itu dikatakan memuji ucapan penggulungan Presiden UMNO berkenaan yang diberikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) akhir Mac lalu.

'Anwar' dilaporkan berkata, itu adalah kali pertama beliau mengikuti sidang PAU selepas 22 tahun.

Bukan sekadar memuji, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahid, yang kemudian menyifatkan kejayaan itu sebagai satu tunjuk ajar daripada Anwar sendiri.

Perbualan itu tambah panas apabila Presiden UMNO itu menuduh semua menteri yang bernaung di bawah parti berkenaan sebagai pengecut kerana tidak berani berundur daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sekadar info, kedua-dua sosok ini sememangnya diketahui bersahabat baik sejak awal 1990an, ketika Anwar masih menyandang pprtfolio Timbalan Presiden parti, dengan Zahid sebagai Ketua Pemuda. - Getaran, 27 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar