web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Mula Inisiatif Label Ubat Mesra OKU Penglihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 11:58AM

Dr Zaliha Mustafa berkata label itu diwujudkan bagi memudahkan OKU penglihatan mendapat maklumat mengenai ubat dan preskripsi secara cepat dan tepat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) telah memulakan inisiatif Label Ubat Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bagi membantu golongan itu dalam urusan pengambilan ubat di fasiliti kesihatan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata label itu diwujudkan bagi memudahkan OKU penglihatan mendapat maklumat mengenai ubat dan preskripsi secara cepat dan tepat.

“Label ubat yang diberikan kepada pesakit OKU penglihatan akan mempunyai tulisan Braille bagi menjelaskan cara pengambilan atau dos seperti dua atau tiga biji sehari. 

“Label tersebut turut mempunyai indikasi yang menerangkan kegunaan ubat seperti demam, batuk atau selesema,” katanya pada majlis pelancaran inisiatif berkenaan sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata seramai 55,000 OKU penglihatan bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif tersebut yang akan dilaksanakan di 250 klinik kesihatan di seluruh negara.

Beliau berkata inisiatif tersebut juga merupakan peluasan kepada Program Kenali Ubat Anda bagi menyokong Malaysian Patient Safety Goals 2.0 di bawah Medication Safety: Medication Without Harm.

Menurutnya, Malaysia merupakan antara negara terawal di rantau Asia melaksanakan inisiatif berkenaan, yang turut mencerminkan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan untuk memastikan OKU penglihatan mendapat hak menerima maklumat tepat dalam urusan pengambilan ubat secara selamat. 

Pelaksanaan inisiatif itu juga dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak OKU dan Akta Orang Kurang Upaya 2008, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar