Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Dr Zaliha Nafi Dakwaan Individu Tiada Dos Penggalak Akan Berdepan Tindakan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 9:20AM

Dr Zaliha Mustafa menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang tidak mengambil dos penggalak akan dikenakan tindakan undang-undang, seperti dakwaan sebuah portal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang tidak mengambil dos penggalak akan dikenakan tindakan undang-undang, seperti dakwaan sebuah portal.

Beliau berkata, tajuk laporan berita dan kenyataan disiarkan portal di Facebook itu adalah tidak tepat dan berniat jahat.

“Menteri Kesihatan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian serta tidak pernah menyebut sesiapa yang tidak mengambil dos penggalak akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi tangkap layar laporan itu yang dimuat naik pihak terbabit semalam.

Dr Zaliha berkata, orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang sebaran berita tidak benar.

Malah, katanya, sekiranya tidak pasti mengenai kebenaran atau sumber berita, ia tidak perlu dikongsi.

“Orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang sebaran berita yang tidak benar.

“Tidak pasti, jangan kongsi!” katanya.

Terdahulu, portal sering berkongsikan artikel politik itu, memuat naik hantaran mempaparkan gambar Dr Zaliha bersama tajuk ‘Bawa Masuk Pelancong China, KKM Mahu Rakyat Ambil Dos Penggalak’.

Menerusi hantaran itu, tertera kenyataan bahawa rakyat Malaysia diwajibkan mengambil dos penggalak.

Katanya, sesiapa yang tidak mengambilnya akan dikenakan tindakan.

“Rakyat Malaysia diwajibkan mengambil dos penggalak ekoran tiga juta pelancong China akan masuk dalam negara tak lama lagi.

“Sesiapa yang tidak ambil dos penggalak akan diambil tindakan undang-undang,” menurut portal itu.

Pada Isnin lalu, Dr Zaliha menerusi kenyataan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai yang sudah menerima dos penggalak pertama melebihi tempoh enam bulan, mendapatkan dos penggalak kedua dan tidak menunggu vaksin bivalen.

Tegasnya, gesaan itu kerana vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian.

Gesaan itu juga, katanya, antara sebahagian daripada langkah KKM untuk meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.

Beliau berkata, ia juga sebagai kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan virus berkenaan.

“KKM amat berharap, peratusan pengambilan dos penggalak terus meningkat terutama dalam kalangan golongan berisiko.

“Ketika ini hanya 49.8 peratus rakyat Malaysia yang mendapat vaksin dos penggalak pertama dan 1.9 peratus sahaja sudah mengambil vaksin dos penggalak kedua.

“Merujuk kepada maklumat sedia ada, vaksin COVID-19 berkesan bagi memberi perlindungan daripada mendapat gejala teruk akibat jangkitan virus itu dan ia sepatutnya mengurangkan kemasukan ke hospital,” katanya. – Getaran, 6 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

3

Semasa 2 minggu yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Denda Untuk Pemandu Kenderaan Awam Bawa Pekerja Asing Dakwaan Palsu - Ruslin

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 1 hari yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Semasa 1 jam yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Berkuasa Penuh Dalam SRC - Bekas Pengarah