Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ketatkan Syarat Kemasukan Pengembara Ganggu Industri Pelancongan, Tapi Itu Jalan Terbaik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 7:11AM

Pengusaha agensi pelancongan dan hotel bajet tempatan bagaimanapun tetap berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak menyekat sepenuhnya kemasukan pelancong luar - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk mengetatkan syarat kemasukan pengembara luar ke Malaysia sememangnya akan mengganggu kerancangan industri pelancongan, namun ia diakui langkah paling baik ketika ini.

Pengusaha agensi pelancongan dan hotel bajet tempatan bagaimanapun tetap berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak menyekat sepenuhnya kemasukan pelancong luar.

Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA), Dr Fathir Badri Alhadad berkata, beliau melihat tindakan tersebut dari sudut positif kerana syarat ketat dikenakan terhadap pengembara asing sedikit sebanyak akan meningkatkan keyakinan golongan tersebut untuk datang ke Malaysia.

“Dari sudut positifnya arahan tersebut, pelancong akan lebih yakin untuk datang ke negara ini kerana kita tegas.

“Pelancong yang sihat daripada jangkitan wabak COVID-19 juga tidak ragu-ragu untuk makan angin di dalam negara memandangkan mereka tahu ada syarat ketat perlu dipatuhi ketika melalui pintu masuk Malaysia,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Bagaimanapun, menurut beliau,  syarat yang dikenakan terhadap pengembara asing untuk masuk ke negara setakat ini masih belum dikeluarkan lagi oleh kerajaan.

Fathir berpandangan, kerajaan atau Kementerian Kesihatan (KKM) perlu jelas dalam mengenakan syarat tersebut supaya tidak mengulangi kesilapan, seperti yang berlaku ketika pintu masuk negara mula dibuka dahulu.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi haruslah jelas dan memudahkan semua pihak termasuk pengembara itu sendiri, supaya tidak menjadi isu seperti yang berlaku sebelum ini.

“Jika kita masih ingat, ketika mula-mula pintu masuk negara dibuka, ramai pelancong terkandas di lapangan terbang selama lebih dua tiga jam kerana perlu melalui syarat ditetapkan. Ini mengakibatkan masalah dan menyusahkan banyak pihak,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan juga perlu mengenakan syarat sama terhadap pengembara tempatan yang berkunjung ke luar negara, apabila mereka kembali ke tanah air.

“Apabila mereka berjalan merata-rata di negara tersebut ada kemungkinan boleh terkena jangkitan, jadi jika mereka terkecuali daripada syarat tersebut ia tidak menyelesaikan masalah.

“Ia juga bertepatan dengan apa yang diperkatakan Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak mendiskriminasi mana-mana negara,” katanya.

Sementara itu, pengusaha hotel, Datuk Emmy Suraya Hussein berkata, pengusaha hotel bajet sememangnya menyokong tindakan kerajaan tersebut yang dilihat langkah tepat untuk mengekang wabak COVID-19 dan mengelakkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sektor ekonomi terpaksa ditutup.

Menurutnya, langkah tersebut tidak menyekat kemasukan pengembara luar negara untuk mengunjungi Malaysia, tetapi lebih kepada berjaga-jaga agar keselamatan rakyat lebih terjamin.

“Pelancong yang mahu datang ke sini perlu patuh dengan syarat-syarat tersebut, bahkan kita rakyat Malaysia juga patuh dengan syarat tertentu dikenakan negara luar yang ingin dilawati.

“Saya fikir mereka juga tak keberatan untuk mematuhi SOP terbabit namun setakat ini bentuk syarat yang dikenakan masih tidak diumumkan lagi,” katanya.

Beliau yang juga mantan Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) berkata, pengusaha hotel tempatan juga sudah mengambil inisiatif sendiri dengan memasang semula papan peringatan untuk mengingatkan pengunjung agar sentiasa mengenakan pelitup muka dan menggunakan cecair pembersih tangan.

Ketika ditanya sama ada pengusaja hotel bajet akan terkesan akibat tindakan kerajaan itu, Emmy Suraya berkata, beliau tidak melihat ia bakal memberi kesan besar terhadap mereka.

“Kebanyakan pengusaha hotel bajet mensasarkan kehadiran rakyat tempatan kerana sebahagian besar pelancong asing lebih memilih untuk menginap di hotel empat bintang ke atas.

“Setakat ini sambutan pengunjung domestik masih tinggi di premis perniagaan kami, jadi saya tidak melihat tindakan kerajaan tersebut memberi kesan terlalu besar kepada perniagaan,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri memutuskan untuk mengetatkan kawalan bagi kemasukan pengembara asing di semua pintu masuk negara susulan peningkatan kes COVID-19.

Menurut beliau, Jemaah Menteri memutuskan tanpa ragu bahawa masalah kesihatan rakyat adalah hal yang paling utama.

Menurutnya, soal pelancongan atau pertumbuhan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat dari segi wabak dan jangkitan termasuk virus COVID-19.

"Kita mengambil tindakan tegas dalam hal ini dan tidak akan bertolak ansur. Semua tindakan yang perlu di seluruh pusat Imigresen (adalah) kemasukan rakyat asing itu akan dikawal dengan lebih ketat lagi.

"Ia tidak menjurus kepada mana-mana negara, terutamanya negara yang jumlah jangkitannya lebih ramai termasuk Amerika Syarikat (AS) atau China," katanya. - Getaran, 6 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Politik 4 jam yang lalu

Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

oleh Sophia Ahmad