web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Kemuka Petisyen Kepada PBB, Mohon Bebas Daripada Penjara Atau Kes SRC Dibicara Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 8:09PM

Najib Tun Razak - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Penahanan Arbitrari (UNWGAD) memohon agar dibebaskan daripada penjara atau kes SRC International Sdn Bhd dibicarakan semula.

Bekas Perdana Menteri itu memfailkan petisyen tersebut pada 1.30 tengah hari di pejabat Suruhanjaya Tinggi Geneva secara digital melalui Tetuan Shafee & Co.

Pada sidang akhbar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata anak guamnya memfailkan petisyen itu susulan pendengaran rayuan kes tersebut di Mahkamah Persekutuan yang didakwa mempunyai kecacatan serius dan bercanggah dengan peraturan keadilan antarabangsa.

"Najib memohon panel UNWGAD yang terdiri daripada lima pakar mengenai keadilan antarabangsa untuk memutuskan bahawa penolakan rayuannya oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lepas adalah tidak adil, cacat serta mencabuli hak asasi beliau dan Perlembagaan Persekutuan.

"Prosiding Mahkamah Persekutuan gagal memberikan peluang yang munasabah kepada beliau untuk menghujahkan kesnya dan menafikan peguamnya masa yang mencukupi untuk membuat persiapan.

“Malah mahkamah itu juga tidak membenarkan pasukan pembelaan beliau untuk berhujah ketika rayuan mengenai hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhi ke atasnya," kata peguam itu.

Beliau juga berkata tempoh beberapa hari terakhir sebelum pendengaran rayuan itu telah membawa kepada “keadilan yang tergesa-gesa” apabila pembelaan tidak diberikan masa secukupnya yang diperlukan untuk meneliti berpuluh-puluh ribu halaman dokumen rayuan atau memahami 94 alasan rayuan yang difailkan oleh peguam terdahulu Najib.

Muhammad Shafee berkata justeru Najib menzahirkan harapan dan keyakinan bahawa kerajaan semasa akan mematuhi keputusan yang akan dibuat oleh UNWGAD.

Ketika ditanya sama ada permohonan semakan Najib terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya yang ditetapkan untuk pendengarann pada 19 Jan di Mahkamah Persekutuan akan ditangguh susulan petisyen itu, Muhammad Shafee berkata pihaknya bersedia untuk meneruskan kes tersebut pada tarikh berkenaan.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad