web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Kebenaran Merayu Cabar Permintaan PM Bubar Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 8:00PM

P Nallini berkata PRU-15 telah selesai, kerajaan baharu ditubuhkan dan Parlimen telah bersidang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Ahli Parlimen dan pengundi Pandan untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuan bagi mencabar permintaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Datuk P. Nallini dan bersidang bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mary Lim Thiam Suan, hari ini, menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Syed Iskandar Syed Jaafar tanpa perintah mengenai kos.

Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Nallini berkata PRU15 telah selesai dan kerajaan baharu ditubuhkan dan Parlimen telah bersidang.

Beliau berkata mahkamah terpaksa menggunakan budi bicaranya untuk mengekalkan bantahan awal oleh kerajaan, Ismail Sabri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, keadaan semasa kerajaan baharu tidak boleh wujud tanpa permintaan awal untuk pembubaran Parlimen, sambil menambah bahawa tidak mungkin untuk memisahkan keputusan daripada peristiwa yang bermula dan berlaku daripada permintaan pembubaran itu.

Dalam notis usul masing-masing memohon kebenaran untuk meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan, Santiago dan Syed Iskandar telah membangkitkan beberapa persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Kedua-dua mereka memfailkan tindakan undang-undang secara berasingan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen bagi membolehkan SPR mengadakan PRU15.

Bagaimanapun, pada 28 Okt tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak kes tersebut dan rayuan mereka  juga turut ditolak  oleh Mahkamah Rayuan pada 15 Nov tahun lalu, justeru mereka memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.

Pada prosiding dalam talian, Peguam Persekutuan Low Wen Zhen dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin mewakili Ismail Sabri, kerajaan Malaysia dan SPR, berhujah bahawa mahkamah tidak seharusnya memberikan kebenaran kerana perkara itu telah menjadi akademik.

Low berkata PRU15 telah diadakan dan keputusannya telah diumumkan serta diwartakan dan Yang di-Pertuan Agong telah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov, tahun lepas selepas Pernbincangan Khas Raja-Raja Melayu dan selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, mahkamah mendengar hujahan peguam Datuk Gopal Sri Ram dan Datuk Malik Imtiaz Sarwar masing-masing mewakili Syed Iskandar dan Santiago.

Sri Ram berhujah bahawa mahkamah perlu memberi kebenaran kerana persoalan undang-undang yang dicadangkan berkaitan sama ada permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen adalah wajar.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu akan memberi panduan kepada penasihat undang-undang kepada kerajaan jika cabaran serupa berulang pada masa depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan, Kedudukan Perlembagaan Persekutuan - Sultan Selangor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad