web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Burger Terkejut Dikompaun RM50,000

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 8:59PM

Wan Mohd Faisal terkejut dikenakan kompaun yang tinggi untuk kesalahan ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang peniaga burger terkejut apabila dikenakan kompaun RM50,000 oleh pihak polis atas kesalahan berniaga melebihi masa yang ditetapkan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika peniaga itu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38 dikunjungi polis di gerainya yang terletak di Kampung Rambutan Rendang di sini pada jam 11.10 malam tadi.

Kertas kompaun yang tertulis jumlah RM50,000 itu kemudiannya tular di media sosial, termasuk WhatsApp.

Mengulas kejadian itu, Wan Mohd Faisal yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya berkata, dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan.

Katanya, pihak polis kemudiannya mengeluarkan kompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ketika itu tiada pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang. Saya sudah simpan semua meja dan hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pekerja kilang.

“Saya terkejut apabila dikenakan kompaun yang tinggi hanya untuk kesalahan ini. 

“Pada musim PKP ini, jualan saya tidak laris mana berbanding sebelum ini. Saya tidak tahu macam mana nak bayar jumlah kompaun itu,” katanya kepada Getaran, ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, dia dimaklumkan anggota terbabit bahawa terdapat aduan berhubung perniagaan dijalankan kerana melebihi masa dibenarkan.

“Anggota polis juga memberitahu, kompaun itu dikenakan kerana kes berulang. Saya tidak menafikan ketika PKP sebelum ini saya sudah dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan sama.

“Namun saya tidak menyangka akan dikenakan kompaun sehingga RM50,000 dan kini buntu kerana tak mampu membayar jumlah setinggi itu,” katanya.

Sedih dengan jumlah kompaun yang terlalu tinggi itu, Wan Mohd Faisal turut merayu budi bicara pihak berkuasa agar menimbangkan semula hukuman diberikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisoner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kompaun berkenaan.

Katanya, jumlah kompaun pada kertas saman itu adalah kadar maksimum dikenakan untuk mana-mana peniaga yang beroperasi melebihi masa, membuka meja untuk pelanggan dan tidak menyediakan pengimbas suhu.

“Jumlah kompaun maksimum untuk individu pula ialah RM10,000.

“Peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengurangkan jumlah kompaun berkenaan,” katanya. - Getaran, 26 April 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar