web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


600 Pempamer Dijangka Sertai Pameran LIMA'23

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 1:41PM

Mohamad Hasan berkata LIMA’23 kali ini juga dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 delegasi dari dalam dan luar negara - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang dijangka berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini, akan disertai lebih 600 syarikat pempamer daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata 80 peratus daripada mereka telah menyatakan komitmen untuk menyertai pameran berkenaan.

Beliau berkata LIMA’23 kali ini juga dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 delegasi dari dalam dan luar negara.

“Saya berharap LIMA’23 akan berjaya seperti penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) pada tahun lepas.

“Saya menyeru semua pihak agar dapat bersama jayakan pameran ini yang kali terakhir dilaksanakan pada 2019 sebelum wavak COVID-19 melanda negara,” katanya ketika berucap sempena Majlis Amanat Menteri Pertahanan 2023 di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Pameran LIMA kali terakhir dianjurkan pada 2019, dan selepas itu ia ditunda ekoran negara dilanda pandemik COVID-19.

Sementara itu, Mohamad turut menzahirkan harapan agar Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) yang dibubarkan 31 Disember tahun lepas dikembalikan semula kerana ia dilihat memainkan peranan penting dalam memperkukuh dan mempertahankan keselamatan negara secara berterusan pada masa akan datang.

Beliau berkata perkara itu dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, untuk pertimbangan dan tindakan kerajaan selepas Op Benteng menerusi NTF mencapai kejayaan dalam menjamin keselamatan di sempadan negara dan mengekang kemasukan pendatang tanpa izin sekali gus membendung penularan COVID-19.

Mohamad berkata kementeriannya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga komited untuk meneruskan agenda pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan (KPP) bagi tempoh 2021-2030 termasuk penerbitan dokumen susulan bagi Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara, Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan dan Pelan Pelaburan Pertahanan Negara.

Beliau berkata pelaksanaan KPP akan disokong oleh Pelan Strategik MINDEF bagi tahun 2021 hingga 2025.

“Bagi memastikan kejayaan agenda ini, kerjasama daripada semua warga MINDEF dan ATM amat diperlukan dan berusaha dengan penuh bertanggungjawab bagi memastikan petunjuk prestasi utama kementerian dapat dicapai tahun ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Muez Abd Aziz dan Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kehadiran Kapal Laut AS Di Pulau Pinang Hanya Untuk ‘Port Of Call’ - Khaled

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Adakan Pertemuan Dengan Pimpinan Tertinggi ATM Di Wisma Perwira

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad