web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Batalkan Caj 90 Sen Kepada Warga Asing Guna ‘Bas Percuma’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 1:18PM

LFL menyifatkan tindakan beberapa pemimpin kerajaan Selangor mempertahankan tambang 90 sen kepada warga asing sebagai diskriminasi terang-terangan. - Gambar Twitter @FujiyamaOden

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lawyers for Liberty (LFL) menyifatkan tindakan beberapa pemimpin kerajaan Selangor mempertahankan tambang 90 sen dikenakan kepada warga asing yang menggunakan Bas PJ City sebagai diskriminasi secara terang-terangan dan tidak wajar.

Pengarahnya, Zaid Malek berkata, penjelasan diberikan beberapa pegawai kerajaan Selangor sebagai "mengerikan" dan dasar itu "menjijikkan" bagi kemudahan yang sepatutnya menjadi pengangkutan awam percuma.

“Xenophobia tidak boleh menjadi sebahagian daripada mana-mana dasar kerajaan, baik di peringkat negeri mahupun Persekutuan, terutamanya oleh kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH), gabungan politik yang menjanjikan pembaharuan,” kata dalam satu kenyataan.

Beliau menggesa kerajaan Selangor agar menarik balik caj tambang yang dikenakan terhadap warga asing.

Pada masa sama, Zaid tidak bersetuju dengan penjelasan diberikan oleh pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Jay Jay Denis yang menegaskan dasar itu "tidak bermaksud diskriminasi" dan tambang 90 sen "bukan untuk keuntungan" kerana ia tidak meliputi kos perkhidmatan.

Katanya, kenyataan tersebut menimbulkan persoalan mengapa caj itu perlu dikenakan pada peringkat pertama kepada pengguna termiskin seperti pekerja asing.

“Tiada sebab kukuh mengapa mereka tidak boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan bas percuma yang ditawarkan. Caj tambang dikenakan kepada pendatang adalah tidak rasional.

“Ini juga tersirat dalam kata-kata pegawai khas kepada MB Selangor di mana beliau menegaskan keutamaan untuk Bas PJ City adalah untuk rakyat Malaysia.

“Ia seolah-olah migran merampas (hak) pembayar cukai Malaysia, satu naratif yang sering digunakan untuk mewajarkan dasar diskriminasi terhadap golongan itu,” kata Zaid.

Namun beliau berkata, penghormatan lebih baik harus diberikan kepada pekerja asing yang merupakan "tulang belakang" pembangunan Malaysia dan individu penting dalam kebanyakan industri kritikal.

"Mereka juga menyumbang kepada cukai dan ekonomi kita,” katanya.

Caj 90 sen dikenakan kepada warga asing yang menaiki Bas PJ City diumumkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi satu catatan di Facebook pada 30 Disember dan ia akan berkuat kuasa 15 Januari ini.

Turut mempertahankan keputusan itu adalah Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han serta ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin. - The Vibes, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad