web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Formula Pemberian Khas Kepada Sabah, Sarawak Dimuktamad Dalam Mesyuarat Pertama MTPMA63

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 9:22AM

Fadillah Yusof berkata Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikannya akan melihat dan meneruskan perbincangan dengan semua agensi serta memuktamad perkara yang belum diputuskan untuk dibawa ke MTPMA63 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Formula jumlah kenaikan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak berasaskan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan dimuktamad dalam mesyuarat pertama Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijadual berlangsung Februari depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mesyuarat itu, yang turut melibatkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, akan diadakan di Kuching.

"Mesyuarat pertama dijadualkan pada Februari 2023 yang juga akan menjadi lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke-10 ke Sarawak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikannya akan melihat dan meneruskan perbincangan dengan semua agensi serta memuktamad perkara yang belum diputuskan untuk dibawa ke MTPMA63.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan beberapa perkara melibatkan MA63 antaranya mempertimbang jumlah pemberian khas kepada kedua-dua negeri dikaji setiap lima tahun agar lebih munasabah.

Anwar juga berkata Kementerian Kewangan bersetuju pelaksanaan projek di bawah kos RM50 juta di Sabah dan Sarawak diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan mematuhi peraturan kewangan.

Sementara itu, Fadillah berkata kerajaan turut memberi komitmen untuk meneruskan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Sabah bagi menambah baik secara berperingkat jaringan infrastruktur jalan persekutuan di kedua-dua negeri.

Beliau berkata projek Pan Borneo Sarawak kini sudah 91 peratus siap manakala Pan Borneo Sabah siap sebanyak 73 peratus.

Fadillah berkata kerajaan juga komited meneruskan Projek Sarawak-Sabah Link Road yang terdiri daripada Fasa 1 (Lawas-Persimpangan Long Lopeng), kini 10 peratus siap, dan Fasa 2 serta Lebuhraya Trans Borneo yang melibatkan Miri-Limbang-Lawas.

“Trans Borneo akan dimulakan sebaik sahaja Kementerian Kerja Raya selesai melantik kontraktor yang dijangka dimuktamadkan pada 2024,” katanya.

Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri hari ini membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan menyelesaikan semua isu berkaitan MA63 yang masih tertunggak serta memartabatkan perjanjian itu selain memantapkan infra rakyat di kedua-dua negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek