web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pintu Masuk Negara Diperketat Kepada Seluruh Rakyat Asing - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 2:36PM

Pertumbuhan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal wabak COVID-19. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen diarahkan untuk memperketat kawalan bagi kemasukan rakyat asing di semua pintu masuk Malaysia tanpa mendiskriminasi mana-mana negara bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Kabinet memutuskan tanpa ragu bahawa masalah kesihatan rakyat adalah hal yang paling utama.

Menurutnya, soal pelancongan atau pertumbuhan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal serta merawat rakyat dari segi wabak dan jangkitan termasuk virus COVID-19.

“Kita mengambil tindakan tegas dalam hal ini dan tidak akan bertolak ansur. Semua tindakan yang perlu di seluruh pusat Imigresen (adalah) kemasukan rakyat asing itu akan dikawal dengan lebih ketat lagi.

“Ia tidak menjurus kepada mana-mana negara, terutamanya negara yang jumlah jangkitannya lebih ramai termasuk Amerika Syarikat (AS) atau China,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mendiskriminasi mana-mana negara namun mengambil pendekatan untuk memperketat kawalan dan tidak akan bertolak ansur untuk menjamin keselamatan rakyat.

“Kalau kita lihat umpamanya kadar jangkitan di negara China yang diuar-uarkan (namun) kita juga tahu kadar kematian di Amerika Syarikat akibat COVID-19 juga tinggi, begitu juga dengan beberapa negara lain.

“Kita ambil tindakan menyelamatkan rakyat kita, jadi siapa juga (yang) masuk (ke negara) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” katanya.

Menjelaskan dakwaan beberapa laporan berhubung penularan wabak COVID-19 akibat kemasukan pelawat atau pelancong dari China, Anwar berkata, data diberikan Menteri Dalam Negeri berhubung kemasukan pelawat dari negara tersebut adalah seramai 336,000 individu sepanjang tahun 2022.

“Majoriti besar mereka adalah pelancong tapi tidak memberi kesan seperti yang digembar-gemburkan.

“Disember (2022) sahaja, pelawat dari China seramai 53,000 orang, kita tidak melihat lonjakan jangkitan yang mengaitkan dengan mana-mana negara.

“Saya jelaskan hal ini dengan angka yang kita perolehi tapi ini tidak bermakna kita harus beri kelonggaran kepada mana-mana negara termasuk China.

“Kita harus pantau menurut keperluan dan kepentingan kita,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan