web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangkaian 5G Kini Hampir 50 Peratus Liputan? DNB Sila Beri Penjelasan!

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 11:00AM

Fahmi berkata, SKMM masih belum mengesahkan maklumat tersebut. - Gambar fail Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meminta Digital Nasional Berhad (DNB) untuk memberi penjelasan mengenai kenyataan syarikat itu bahawa pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia kini mencecah hampir 50 peratus liputan di kawasan berpenduduk (COPA).

Menurut beliau, ini kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih belum mengesahkan maklumat tersebut.

“Saya fikir DNB perlu menjelaskan bagaimana mereka mendapat angka ini.

“Lain kali, saya fikir DNB tidak patut mengeluarkan kenyataan sebelum pengesahan dibuat mengenainya,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian bagi menjawab ciapan penganalisis politik, James Chin yang memuat naik tangkap layar artikel kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif DNB, Nasution Mohamed berhubung liputan rangkaian 5G dalam negara.

“Media harus berhenti mencetak berita palsu. Saya tidak dapat pun (isyarat) 4G di sebuah bandar di Sarawak. 

“(Saya) membeli kad data 4G dan kelajuannya seperti 3G atau kurang,” kata James yang juga seorang profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania di Twitternya.

Terdahulu, Nasution berkata, pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia kini mencecah hampir 50 peratus liputan di kawasan berpenduduk (COPA), membabitkan 3,900 tapak setakat akhir tahun lalu.

Ia sekali gus melepasi sasaran awal liputan kawasan COPA, iaitu sebanyak 40 peratus.

Katanya, rangkaian itu kini, sudah mencapai 15 juta penduduk dan bakal melebihi 30 juta penduduk serta perniagaan apabila dilaksanakan sepenuhnya.

“DNB kini memberikan tumpuan penuh ke arah mencapai komitmen 80 peratus COPA menjelang akhir 2024 atau lebih awal.

“DNB menerima sokongan penuh daripada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan yang mempercepatkan kelulusan bagi meneruskan pelaksanaan 5G.

“Hasil daripada itu, DNB kini berjaya menyelesaikan pelaksanaan tapak yang sebelum ini tertangguh dan seterusnya mencapai tahap pelaksanaan lebih pantas sepanjang bulan lalu,” katanya.

Nasution berkata, DNB juga sudah mencapai lebih daripada 90 peratus liputan di kawasan berpenduduk ke seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Tambah beliau, di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, DNB sudah mencapai sekitar 50 peratus liputan, manakala negeri lain berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan akan mencapai pelaksanaan rangkaian penuh menjelang 2024 atau lebih awal.

Katanya, dari segi bandar padat, rangkaian 5G kini sudah melebihi 95 peratus liputan, iaitu di Kuala Lumpur, manakala di bandar utama, ia membabitkan Putrajaya, Cyberjaya, Johor Bahru dan Georgetown. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad