web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Khitan: Surat Saman Sudah Dihantar, Dr Amalina Tuntut Permohonan Maaf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 3:28PM

Dr Amalina Che Bakri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri memaklumkan surat saman sudah dihantar oleh peguamnya, semalam kepada media tabloid yang mensensasikan isu khitan terhadap anak perempuannya.

Tegasnya, beliau tidak berniat sama sekali mahu menyekat kebebasan media tetapi tindakan segelintir penulis terbabit agak melampaui batas dan tidak boleh dibiarkan.

“Sepertimana tweet saya sebelum ini, terdapat tabloid di Malaysia menggunakan headline berbentuk "clickbait" yang menyalahnyata mesej saya berkenaan sunat bayi perempuan.

“Ini mengakibatkan pelbagai komen lucah dan jelik di Facebook terhadap anak saya. Peguam saya telah mengemukakan surat saman terhadap tabloid tersebut hari ini (semalam),” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Menurut Dr Amalina, beliau tidak mempunyai masalah jika kisah tersebut dilaporkan, tetapi jelasnya, biarlah ia dilakukan secara tepat dan beretika.

Katanya, dalam surat saman itu, beliau meminta media tabloid terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari.

Malah, Dr Amalina turut mengarahkan tabloid berkenaan menurunkan artikel tersebut dan tidak lagi memaparkan berita sensasi terhadapnya pada masa hadapan.

“Saya tidak menuntut sebarang wang ringgit kerana ini bukan tujuan saya. Saya juga tidak ingin kes ini berlanjutan ke mahkamah jika pihak terbabit boleh memberikan kerjasama.

“Semoga kes ini akan menjadi pengajaran kepada pihak tabloid supaya lebih berhati-hati apabila menulis artikel,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, tindakan undang-undang terhadap individu yang menulis komen berbaur lucah dan jelik terhadap anak perempuannya juga akan diambil selepas ini.

“Saya berharap agar ia menjadi pengajaran kepada orang ramai apabila menulis komen terutama sekali apabila melibatkan bayi atau kanak-kanak bawah umur.

“Sebagai ibu bapa, anda sendiri tidak mahu orang bertindak sedemikian terhadap anak anda sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Amalina juga berharap agar akta anti buli siber dapat digubal bagi melindungi rakyat Malaysia terutama kanak-kanak daripada menjadi mangsa buli siber.

“Terima kasih juga kepada majoriti rakyat Malaysia yang memberi kata-kata semangat dan sokongan.

“Andalah definisi rakyat Malaysia yanf sebenar. Jangan biarkan sikap sesetengah individu merosakkan masyarakat kita,” katanya.

Terdahulu, Dr Amalina menerima kecaman dan kata-kata lucah selepas membuat kenyataan mengenai isu khitan menerusi aplikasi Instagramnya.

Kenyataan itu sebagai menjawab persoalan dikemukakan seorang pengguna media sosial menerusi ruangan ‘Ask Me A Question’ (tanya saya soalan).

Netizen terbabit meminta penjelasan, adakah perkhidmatan berkhatan bayi perempuan disediakan di UK yang dikenali sebagai negara bukan Islam.

Menjawab soalan tersebut, Amalina berkata, amalan menyunatkan anak perempuan adalah dilarang dan melangggar undang-undang di negara tersebut.

Susulan jawapan yang diberikannya itu, sesetengah media tabloid menjadikan ia sebagai artikel untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, artikel yang turut dimuat naik di laman Facebook (FB) itu menerima pelbagai komen berbaur lucah dan hinaan oleh netizen. – Getaran, 3 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad