web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keluarga Terlibat Kebakaran Di Kampung Simpang 3 Gombak Diberikan Sumbangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 7:07AM

Amirudin mendengar penerangan Bomba ketika melawat keluarga mangsa kebakaran tiga rumah di Kampung Simpang Tiga, Gombak, malam tadi. - Gambar dari Facebook Amirudin Shari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keluarga terlibat dalam kebakaran tiga rumah di Kampung Simpang Tiga, Gombak yang meragut nyawa dua beradik awal pagi semalam menerima bantuan awal sebanyak RM1,000. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu disalurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Gombak serta Pejabat Tanah dan Daerah Gombak yang masing-masing memberi RM500 kepada setiap keluarga yang terjejas. 

Beliau berkata RM500 tambahan juga diberikan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga dalam insiden itu.

“Sumbangan yang diberikan ini adalah bantuan awal kepada keluarga yang terjejas dan kerajaan negeri akan mengikuti langkah seterusnya yang diambil selepas laporan bomba diterima,” katanya kepada pemberita selepas melawat tiga keluarga mangsa kebakaran itu malam tadi.

Hari ini, dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi. 

Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat.

Dua kanak-kanak yang maut itu dikenali sebagai Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya, Muhammad Al Qayyum berusia enam tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan malam tadi pula berkata pihaknya telah menyalurkan bantuan awal dalam bentuk sumbangan barangan keperluan bencana kepada kesemua mangsa yang terlibat.

“Kejadian kebakaran ini melibatkan tiga rumah membabitkan lapan mangsa dan kita juga dalam proses mengenal pasti bantuan bersesuaian untuk diberikan kepada mangsa-mangsa terlibat.

“Pusat pemindahan sementara telah dibuka di Balai Raya Kampung Simpang Tiga, Gombak dan berdasarkan maklumat awal, kejadian ini berpunca daripada litar pintas,” katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menjaga, mengawasi serta tidak mengabaikan anak-anak manakala jiran tetangga serta komuniti setempat perlu melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sekiranya terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan dan diabaikan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad