web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liputan 5G Malaysia Cecah Hampir 50 Peratus Kawasan Berpenduduk Setakat Disember

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 8:03PM

Liputan 5G negara hampir mencecah 50 peratus dan telah melepasi sasaran awal 40 peratus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang dikendalikan Digital Nasional Berhad (DNB), kini mencecah hampir 50 peratus liputan di kawasan berpenduduk (COPA), membabitkan 3,900 tapak setakat akhir tahun lalu.

Ia sekali gus melepasi sasaran awal liputan kawasan COPA, iaitu sebanyak 40 peratus.

Ketua Pegawai Operasi DNB, Nasution Mohamed berkata, rangkaian itu kini, sudah mencapai 15 juta penduduk dan bakal melebihi 30 juta penduduk serta perniagaan apabila dilaksanakan sepenuhnya.

“DNB kini memberikan tumpuan penuh ke arah mencapai komitmen 80 peratus COPA menjelang akhir 2024 atau lebih awal.

“DNB menerima sokongan penuh daripada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan yang mempercepatkan kelulusan bagi meneruskan pelaksanaan 5G.

“Hasil daripada itu, DNB kini berjaya menyelesaikan pelaksanaan tapak yang sebelum ini tertangguh dan seterusnya mencapai tahap pelaksanaan lebih pantas sepanjang bulan lalu,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, DNB juga sudah mencapai lebih daripada 90 peratus liputan di kawasan berpenduduk ke seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Katanya, di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, DNB sudah mencapai sekitar 50 peratus liputan, manakala negeri lain berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan akan mencapai pelaksanaan rangkaian penuh menjelang 2024 atau lebih awal.

Nasution berkata, dari segi bandar padat, rangkaian 5G kini sudah melebihi 95 peratus liputan, iaitu di Kuala Lumpur, manakala di bandar utama, ia membabitkan Putrajaya, Cyberjaya, Johor Bahru dan Georgetown.

“Setelah melepasi sasaran liputan rangkaian untuk 2022, kami kini sedang mengadakan kerjasama rapat dengan rakan Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) dan pengeluar peranti untuk mempromosikan serta menggalakkan penggunaan 5G di seluruh negara pada 2023.

“Pihak MNO juga sudah memperkenalkan pelbagai pelan data 5G kepada pelanggan mereka dengan harga runcit sangat menarik, bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan 5G tersebut.

“Setakat ini, lima MNO di Malaysia, iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd and YTL Communications Sdn Bhd (YES) sudah mula menyediakan perkhidmatan runcit 5G kepada lebih daripada 20 juta pelanggan mereka, selepas menandatangani Perjanjian Akses 5G masing-masing dengan DNB pada 31 Oktober tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Nasution berkata, pelanggan Maxis Bhd masih belum dapat mengakses perkhidmatan 5G buat masa ini, sementara menunggu kelulusan daripada pemegang saham mereka, bagi melaksanakan Perjanjian Akses 5G dengan DNB yang dijangka berlangsung sekitar Januari tahun ini.

Jelasnya, peranti serasi 5G terus menembusi pasaran, dengan kira-kira 8 juta peranti sudah menjadi milik pengguna setakat akhir 2022.

Malah, beliau berkata, pertumbuhan diramalkan berganda pada tahun ini dan menjangkau 40 juta peranti menjelang 2030.

“Apple merupakan pengeluar peranti terkini yang membekalkan kemas kini perisian tegar di Malaysia untuk menjadikan iPhone 12 dan ke atas serasi dengan rangkaian 5G.

“Terdapat 15 jenama peranti kini menawarkan lebih daripada 100 peranti serasi 5G kepada pengguna dalam pasaran Malaysia, dari model utama sehinggalah model lebih menjimatkan.

“Penawaran tersebut, ditambah pula dengan pelan data 5G runcit daripada lima MNO terlibat, sudah tentu akan mempercepatkan lagi penggunaan dalam kalangan pengguna akhir bagi tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut, Nasution berkata, sejak pelancaran perkhidmatan 5G oleh lima MNO, penggunaan rangkaian 5G Malaysia meningkat 8 kali daripada 32TB kepada 253TB sehari, dengan 90,000 pengguna serentak setakat 30 Disember lalu.

“Rangkaian 5G ini mempunyai purata kelajuan muat turun 380 Mbps (setara dengan penanda aras global lain yang dilaporkan), berbanding purata kelajuan muat turun 4G, iaitu 35 Mbps,” katanya. – Getaran, 2 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad