web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gerai Roti Canai Popular Diarah Tutup 14 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 6:05PM

Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut membuat pemeriksaan di gerai roti canai Jalan Transfer hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Operasi sebuah gerai roti canai di Jalan Transfer, Georgetown, Pulau Pinang yang tular kerana didakwa kotor dan menggunakan telur masih mempunyai kesan najis ayam, diarah tutup selama dua minggu bermula hari ini.

Notis penutupan itu dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut Georgetown mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, selepas pihak penguatkuasa melakukan pemeriksaan di gerai tersebut pada jam 11 pagi tadi.

Gerai itu akan ditutup hingga 16 Januari depan, bagi membolehkan pengusahanya melakukan kerja pembersihan.

Arahan penutupan itu susulan pengoperasiannya tidak menepati piawaian kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Malah, berita kehadiran penguatkuasa itu tular di media sosial sejak tengah hari tadi yang menyaksikan kakitangan BKKM tegas meneliti tahap kebersihan gerai terbabit.

Pengusaha gerai itu turut dikompaun RM500 kerana tidak menyediakan persekitaran bersih kepada pelanggan.

Difahamkan, tindakan itu dikenakan susulan tular rakaman video berdurasi 53 saat, baru-baru ini menunjukkan seorang pekerja gerai tersebut mengambil telur ayam tidak dicuci, sebelum meletakkannya di dalam bakul berhampiran tempat menebar roti canai.

Pekerja lelaki itu juga tidak menyusun telur dengan baik, sehingga menyebabkan ia pecah dan meneruskan kerja menebar roti cabai untuk pelanggan. 

Rakaman tersebut turut menunjukkan keadaan sekeliling premis itu yang menyaksikan ramai pengunjung sedang menjamah makanan di situ.

Perbuatan menjijikkan itu menerima kecaman netizen yang loya dengan situasi terbabit, malah majoritinya menggesa pihak berkuasa menyiasat premis tersebut, memandangkan ia antara kedai makan popular di negeri berkenaan.

“Telur dah tentu tak basuh, tangan pegang telur tebar roti canai pula, itu pun orang ramai terkinja-kinja pergi beratur makan dekat kedai,” kata Zamri.

“Kenapa dekat Penang (Pulau Pinang) banyak tempat makan dengan isu kebersihan?” soal Luqman.

“Nak makan roti canai atau nasi kandar kena pandai pilih kedai juga, jangan main serbu sahaja,” komen Anaz. 

Terdahulu, media melaporkan pemilik gerai terbabit, Shahjahan Abdul Hamid berkata, dia akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan.

“Tempoh diberi itu akan digunakan sebaiknya bagi membersihkan gerai ini,” katanya ringkas. - Getaran, 2 Januari 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad