web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Memfail Borang Nyata Bagi 2023 Boleh Diakses Melalui Portal LHDN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 2:58PM

Program Memfail Borang Nyata (BN) Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi 2023 telah dimuat naik sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Program Memfail Borang Nyata (BN) Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi 2023 telah dimuat naik sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.

Ia boleh diakses melalui portal www.hasil.gov.my atau menerusi capaian pantas https://www.hasil.gov.my/media/mpofkuqz/programmemfailbn_2023.pdf.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pembayar cukai dan majikan digalakkan menggunakan kemudahan e-Filing bagi pengemukaan BN yang akan menjadi medium pengemukaan borang sepenuhnya pada masa hadapan, manakala ejen cukai pula digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing Ejen Cukai (TaeF)(https://taef.hasil.gov.my/) bagi pengemukaan BN.  

"Bagi memudahkan dan menjimatkan masa pekerja mengemukakan BN melalui e-Filing, majikan digalakkan untuk mengemukakan data saraan pekerja pada 2022 melalui aplikasi e-Data Praisi/e-CP8D.

"Data saraan yang diterima akan digunakan bagi tujuan praisi e-borang pekerja (e-BE / e-B / e-BT / e-M / e-MT tahun taksiran 2022)," menurut LHDN.

LHDN memberitahu pengemukaan data saraan pekerja bagi 2022 boleh dilakukan melalui portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my bermula hari ini hingga 25 Februari.

Majikan boleh merujuk kepada format terkini susun atur maklumat e-Data Pra-isi/e-CP8D bagi tahun saraan 2022 yang dilampirkan bersama-sama program memfail BN 2023 bagi tujuan penyediaan data saraan pekerja, menurut LHDN. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad