web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktiviti Riadah Bersama Keluarga Warnai Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 7:19AM

Ketibaan Tahun Baharu 2023 disambut sederhana di seluruh negara namun beberapa lokasi di Kuala Lumpur masih dikunjungi orang ramai - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketibaan tahun baharu 2023 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan susulan keadaan banjir yang melanda Pantai Timur sebelum ini dan kesusahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Tinjauan Bernama mendapati Dataran Merdeka yang sebelum ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk menyambut tahun baharu sunyi setelah ditutup dan dikawal oleh pihak berkuasa susulan pembatalan sambutannya seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Bagaimanapun beberapa lokasi lain di ibu negara seperti di perkarangan Suria KLCC dan Tasik Titiwangsa masih dikunjungi orang ramai yang mengambil peluang meluang masa bersama keluarga dan rakan-rakan, sempena cuti panjang hujung minggu.

Sambutan Tahun Baharu di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi - Gambar oleh Azim Rahman
Sambutan Tahun Baharu di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi - Gambar oleh Azim Rahman

Bagi seorang kakitangan swasta Khairul Khuzaimie Mohd Shahrin, 33, keputusan kerajaan membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 adalah langkah tepat memandangkan negara berhadapan beberapa tragedi besar sebelum ini termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

“Agak kurang manis kalau kita sambut secara besar-besaran. Bagi saya sambut dengan beriadah bersama keluarga itu lebih baik. Lagipun, sesi persekolahan anak-anak juga hampir bermula,” katanya ketika ditemui Bernama di perkarangan Suria KLCC malam ini.

Sementara itu di KELANTAN, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob bersama lebih 1,000 orang hadir pada program 'Malam Untukmu Kelantan' di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV yang bermula pukul 7 malam tadi.

Program dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, solat sunat hajat, zikir munajat dan bual bicara bertajuk 'Kelantan Sejahtera' bersama Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari serta selebriti tanah air iaitu Sabri Yunus.

Di TERENGGANU, sambutan ambang tahun baharu diisi dengan program berbentuk Islamik dan sesi kerohanian melibatkan kehadiran ratusan rakyat pelbagai peringkat umur.

Sambutan yang diadakan di Masjid Jamek Pengadang Baru dekat sini, dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti solat Isyak serta solat hajat berjemaah yang disertai kira-kira 700 jemaah bagi memohon supaya dijauhkan daripada sebarang musibah dan bencana.

Pada majlis itu kutipan sumbangan untuk kira-kira 10,000 keluarga mangsa banjir yang kehilangan harta benda akibat bencana itu baru-baru ini, turut dilancarkan.

Para jemaah wanita mengaminkan bacaan doa semasa menghadiri Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Jamek, Pengadang Baru, Kuala Terengganu - Gambar Bernama
Para jemaah wanita mengaminkan bacaan doa semasa menghadiri Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Jamek, Pengadang Baru, Kuala Terengganu - Gambar Bernama

Di KEDAH, orang ramai meluangkan masa bersama keluarga dan rakan menyaksikan himpunan kira-kira 150 kenderaan berat termasuk lori dan jentera pengaut yang dipamerkan di Dataran Stadium Mini Pendang anjuran Persatuan Pilot Darat Pendang, berikutan tiada sambutan rasmi diadakan.

Di PULAU PINANG, Masjid Abdullah Fahim di Seberang Perai Utara menganjurkan Karnival Ambang Tahun Baru 2023 dengan diisi pelbagai aktiviti keagamaan, sukan dan kemasyarakatan sejak 7.30 pagi tadi hingga tengah malam ini. 

Antara aktiviti yang dilakukan adalah program kerohanian dengan penceramah jemputan, derma darah, pemeriksaan gigi percuma, Fun Ride dan Fun Walk.

Di PERAK khasnya di Ipoh, orang ramai lebih tertumpu kepada program Starvendors Foodstival #travelperaklah 2022 di perkarangan Stadium Indera Mulia sejak petang tadi dan pelancaran Tahun Melawat Ipoh yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, malam ini.

Program diadakan dengan kerjasama strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Tourism Perak, Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) bersama Star Vendors Event Sdn Bhd sebagai simbol komitmen kerajaan negeri memajukan lagi Bandaraya Ipoh sekali gus, menjadi lokasi pilihan pengunjung.

Sementara itu di SELANGOR, sambutan ambang tahun baharu digantikan dengan program kerohanian sebagai tanda menghormati mangsa terlibat dalam kejadian banjir di Pantai Timur dan insiden tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor.

Penceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menyampaikan Kuliah Maghrib Khas Menjelang 2023 sempena Sambutan Tahun Baharu 2023 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam - Gambar Bernama
Penceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menyampaikan Kuliah Maghrib Khas Menjelang 2023 sempena Sambutan Tahun Baharu 2023 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam - Gambar Bernama

Tinjauan Bernama mendapati lebih 1,000 jemaah turut hadir ke program Kuliah Maghrib Khas Menjelang Tahun 2023 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, di sini hari ini termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 300 orang hadir bagi memeriahkan program ‘Santai Tahun Baharu Anak Muda Bersama Menteri Besar’ dengan pelbagai pengisian rohani termasuk ceramah oleh Imam Muda Asyraf dan solat sunat di Masjid Dato’ Klana Petra Mohd Yusof, Seremban yang bermula pukul 8.30 malam tadi hingga 7 pagi esok.

Di JOHOR, sambutan di beberapa kawasan di negeri ini diadakan secara sederhana dengan pelbagai program keagamaan seperti marhaban, qasidah, zikir dan nyanyian nasyid.

Tinjauan Bernama pada program 'Iskandar Puteri Berselawat' anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di dewan MBIP, Iskandar Puteri mendapati lebih 700 orang hadir bagi menyertai program itu pada malam ini.

Bagi negeri SARAWAK pula, sambutan ambang 2023 yang diadakan di Stadium Perpaduan diraikan sederhana dengan pelbagai pengisian bertemakan ‘Let’s Celebrate Together’. Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta barisan Kabinet negeri.

Kerajaan Sarawak sebelum ini membuat keputusan mengecilkan skala sambutan ambang 2023 dengan menukar lokasi sambutan daripada Tebingan Sungai Sarawak ke Stadium Perpaduan setelah mengambil kira situasi negara yang berdepan bencana banjir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran