web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Jamin Panggil Sidang Parlimen Bila Tiba Masa Sesuai - Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 12:47PM

Sidang Parlimen akan diadakan bila tiba masa sesuai sama ada sebelum atau selepas darurat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil apabila tiba masa yang sesuai sama ada sebelum atau selepas darurat ditamatkan pada 1 Ogos depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. 

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata kerajaan akan terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada semua pihak berkaitan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara berhubung status penularan COVID-19.

"Kerajaan amat menyedari tanggungjawab keperlembagaan (constitutional responsibilities) untuk memastikan penerusan proses demokrasi di negara ini terjamin melalui sidang Parlimen.

"...namun keutamaan pada masa ini adalah memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya termasuklah melindungi aspek kesihatan ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO mendesak dan mengesyorkan kerajaan supaya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang semasa tempoh darurat.

Takiyuddin berkata semasa darurat, semua pihak termasuk pembangkang boleh menyalurkan sebarang pandangan kepada kerajaan melalui saluran-saluran yang dibenarkan termasuk menerusi Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai hal-hal berkaitan kuat kuasa proklamasi darurat.

Selain itu, katanya tidak wajar wujud kesangsian atau syak wasangka berlakunya salah guna kuasa semasa darurat kerana kerajaan berfungsi seperti biasa.

Ini katanya termasuk dalam aspek pemantauan pentadbiran oleh pihak penguat kuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC). 

"Justeru semua pihak diseru supaya memberikan sepenuh kerjasama kepada kerajaan dalam usaha giatnya demi memastikan kelangsungan hidup dan kehidupan rakyat melalui aspek-aspek kesihatan, ekonomi dan sosial," kata Takiyuddin. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad