web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nilai Dasar, Tambah Baik Perlindungan Kanak-Kanak Antara Tumpuan Nancy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 7:24PM

Nancy Shukri - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penilaian dasar semasa dan penambahbaikan menyeluruh membabitkan kanak-kanak, termasuk perlindungan, pemantauan serta pembangunan sosial golongan itu, menjadi antara tumpuan utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian diterajuinya itu juga akan meneroka segala kemungkinan untuk memperkemas faktor pencegahan, seperti keperluan hukuman lebih tegas dan berat kepada pesalah.

Katanya, pendekatan itu dilaksanakan agar kes penderaan seperti dipercayai dialami seorang kanak-kanak di Johor sehingga meninggal dunia baru-baru ini, tidak berulang.

“Ia memberi pengajaran kepada ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam memberi jagaan terbaik kepada kanak-kanak.

“Selain kecederaan fizikal, kes penderaan kanak-kanak juga boleh menyebabkan implikasi kesihatan mental berpanjangan seperti kemurungan, lebih-lebih lagi bagi mangsa kes yang tidak dilaporkan dan kekal tersembunyi,” katanya menerusi kenyataan.

Nancy turut menzahirkan kesedihan dan memandang serius penderaan kanak-kanak berusia empat tahun itu, malah sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) segera menyiasat dan menyediakan laporan lebih terperinci berhubung kronologi, sejarah serta setiap perkembangan kes terbabit.

Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu dan beliau memberikan jaminan bahawa pihak kementerian serta agensi di bawahnya memberi kerjasama penuh dalam siasatan tersebut.

Beliau seterusnya menyeru orang ramai yang mengetahui mengenai sebarang penderaan kanak-kanak, supaya tidak mengabaikannya dan memaklumkan kepada kementerian melalui Talian Kasih di talian 15999, nombor WhatsApp 019-2615999 atau menghubungi pihak berkuasa berdekatan dengan segera.

“Saya percaya kita rakyat Malaysia adalah penyayang, prihatin dan lebih baik daripada apa yang terjadi dalam kes seperti ini. Bersamalah kita memainkan peranan dalam mencurahkan kasih sayang dan memberi perlindungan sewajarnya kepada kanak-kanak demi kesejahteraan keluarga, keharmonian masyarakat serta kemajuan negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru dipercayai didera.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, kanak-kanak terbabit dimasukkan ke HSI sejak 23 Disember selepas dilaporkan pengsan di rumah rakan kepada kakaknya di Senggarang, Batu Pahat, kira-kira jam 6.45 petang.

Tegasnya, mangsa dijaga kakak kandungnya yang berusia 19 tahun, selepas kedua-dua ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah.

Kanak-kanak itu, katanya, kemudian diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga.

Menurutnya, sehari selepas kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital, dua lelaki dan tiga wanita ditahan, termasuk kakak mangsa dan suaminya untuk siasatan lanjut. - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar