web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Kewangan Pertimbang Bina Rumah Mesra Rakyat Kepada Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 2:47PM

Mangsa banjir yang rumah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya akibat bencana alam itu boleh memohon rumah di bawah SPNB. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH - Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbangkan untuk memberi kelulusan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata mangsa banjir yang rumah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya akibat bencana alam itu boleh memohon rumah di bawah SPNB.

“Petang esok saya akan dapatkan data terperinci dengan SPNB tentang keperluan bantuan untuk rumah mangsa banjir yang musnah sama sekali yang boleh mereka (SPNB) bantu.

“Contohnya seperti tahun-tahun sebelum ini mangsa banjir yang rumah mereka rosak sepenuhnya akibat banjir di Kampung La memohon Rumah Mesra Rakyat atas usaha pemimpin setempat,” katanya kepada pemberita selepas program Lawatan dan Penyampaian Bantuan kepada 200 mangsa banjir di Sekolah Kebangaan (SK) Kampung La di Hulu Besut, dekat sini hari ini.

Tambahnya, pembinaan RMR di atas tanah sendiri tersebut merupakan satu kaedah untuk membantu mangsa banjir di negara ini, namun ada bayaran bulanan dikenakan.

“Ia tidak percuma tetapi kaedah bayaran yang dikenakan tidak terlalu tinggi dan mampu milik selain ada jumlah subsidi yang tinggi dan rumah dibina oleh kontraktor tempatan.

“Permohonan ini hanya pilihan dan kerana kami juga turut mengalu-alukan bantuan rumah daripada pihak lain seperti baitulmal dan sebagainya,” katanya yang turut melawat tapak rumah mangsa yang musnah dihanyutkan banjir di kampung tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid ketika dihubungi Bernama semalam berkata berdasarkan maklumat, 11 rumah di Kampung La musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras manakala sebuah lagi mengalami kerosakan teruk dan terpaksa dibaiki sebelum boleh diduduki. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad