web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Perniagaan Malaysia Dijatuhi Hukuman Penjara 36 Tahun Manipulasi Saham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 2:15PM

Chee Wen dijatuhi hukuman penjara 36 tahun. - Gambar ihsan Lee Yew Meng/Twentytwo13

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen yang didakwa sebagai dalang memanipulasi pasaran saham terbesar di Singapura dijatuhi hukuman penjara 36 tahun.

Teman wanitanya yang juga dalang bersama, Quah Su-Ling turut dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun.

Mereka berdua didapati bersalah masing-masing dengan 180 pertuduhan dan 169 pertuduhan pada Mei lalu.

Skim penipuan melibatkan 189 akaun dagangan sekuriti yang dipegang dengan 20 institusi kewangan dan 60 individu dan syarikat, disifatkan sebagai kes manipulasi saham terbesar di Singapura di mana mereka menghapuskan hampir S$8 bilion (RM26.3 bilion, AS$6 bilion) dalam nilai pasaran.

Kedua-dua mereka didakwa bersubahat memanipulasi saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital dan LionGold Corp atau BAL antara tempoh Ogos 2012 dan Oktober 2013.

Apabila saham BAL jatuh pada 4 Oktober 2013, kira-kira S$8 bilion nilai pasaran musnah.

Chee Wen dan Su-Ling sedang merayu hukuman berkenaan.

Walaupun Su-Ling diberikan jaminan S$4 juta, Chee Wen direman sejak November 2016, lapor The Straits Times.

Hukuman yang dijatuhkan hari ini adalah penutup selepas hampir empat tahun serta merangkumi 349 pertuduhan yang berjaya dituduh dalam kira-kira 194 hari perbicaraan.

Dalam perbicaraan November lalu, pihak pendakwaan memohon hukuman penjara 40 tahun untuk Chee Wen manakala Su-Ling pula 19 tahun setengah.

Bagaimanapun, peguam Chee Wen, N Sreenivasan berkata, kedua-dua tertuduh itu bukan satu-satunya suspek terlibat dalam kes penipuan saham terbesar berkenaan.

Tambahnya, saksi pendakwaan Leroy Lau, Ken Tai, Henry Tjoa dan Gabriel Gan turut menjalankan sebahagian besar perdagangan BAL.

“Hukuman mereka tidak boleh sedemikian rupa sehingga mereka menjadi kambing hitam untuk kesalahan orang lain,” katanya.

Dalam laporan The Edge Singapore pada 5 Mei, Mahkamah Tinggi mensabitkan Chee Wen dengan 180 pertuduhan daripada 188 yang dihadapinya, manakala Su-Ling disabitkan dengan 169 pertuduhan.

Kedua-duanya dibebaskan daripada lapan pertuduhan.

Menurut laporan yang sama, berpuluh-puluh institusi kewangan tempatan dan asing, daripada pembrokeran kecil hingga bank global, terlibat dalam kes itu.

Blumont dinamakan semula sebagai Southern Archipelago, Asiasons pada awalnya dinamakan Attilan Group sebelum dinyahsenarai, manakala LionGold kini dikenali sebagai Shen Yao Holdings di bawah pemegang saham dan pengurusan baharu. - The Vibes, 28 Disember 2022

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran