web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Lagi Helikopter Hantar Bekalan Makanan Ke Perkampungan Orang Asli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 8:10PM

Operasi yang dijadualkan berlangsung selama lima hari itu turut mendapat kerjasama daripada anggota JBPM Gua Musang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menambah tiga lagi helikopter bagi melaksanakan penugasan menghantar bantuan bekalan makanan ke lapan perkampungan masyarakat Orang Asli di daerah ini.

Lapan penempatan tersebut membabitkan kawasan pedalaman Pos Lalok, Pos Sau, Pos Bihai, Pos Hau, Pos Tendrik, Pos Sempadik, Pos Belatim dan Pos Balar.

Juruterbang Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azuna Mohamed Sabri berkata dua helikopter tambahan jenis A109E dan AW18 didatangkan dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, manakala helikopter jenis A139 dari Pangkalan Udara Wilayah Utara.

"Pesawat A109E, AW189 dan A139 digunakan untuk menghantar bantuan makanan di perkampungan Orang Asli yang mempunyai kawasan mendarat yang sempit dan tidak sesuai dimasuki pesawat jenis Mi-17-IV.

"Untuk penerbangan hari ini, A139 ditugaskan menghantar bantuan ke Pos Lalok, Pos Sau, dan Pos Bihai, manakala A109E ditugaskan ke Pos Hau,” katanya kepada pemberita di Padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang, di sini hari ini.

Pada Ahad, media melaporkan sejumlah 21 tan bantuan bekalan makanan untuk 1,400 keluarga mula dihantar ke beberapa perkampungan Orang Asli menggunakan helikopter Mi-17-IV milik Unit Udara JBPM. 

Hampir 7,715 kilogram bekalan makanan dihantar dalam tempoh dua hari lepas menggunakan pesawat Mi-17-IV ke beberapa penempatan masyarakat Orang Asli.

Mengulas lanjut, Mohd Azuna berkata Mi-17-IV hari ini melakukan empat penerbangan ke Pos Balar dan Pos Belatim untuk membawa 391 beg makanan. 

Menurutnya operasi yang dijadualkan berlangsung selama lima hari itu turut mendapat kerjasama daripada anggota JBPM Gua Musang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim bersama Timbalan Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu Roslina Bun turut hadir membantu menghantar bantuan bekalan makanan ke kawasan pedalaman yang terlibat. 

Mohd Syahbuddin berkata beliau berbesar hati dengan sokongan pihak JBPM dalam menyediakan penerbangan ihsan bagi menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli terutamanya di DUN berkenaan yang kini terputus hubungan kerana tanah runtuh.

"Saya berterima kasih kepada Unit Udara JBPM yang menggunakan aset mereka untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli di DUN Galas yang tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang untuk mendapatkan bekalan makanan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Kenderaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad