web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kami Nekad Mahu Bawa Pulang Hadiah Juara Mingguan Famili Duo - Ayda, Fyna Jebat

Ahad lalu, pasangan adik-beradik Ayda Jebat dan Fyna Jebat telah membuat kejutan apabila menampilkan Datuk Jalaluddin Hassan sebagai ayah mereka dalam gimik persembahan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 1:00PM

Ayda dan Fyna beraksi dalam program Famili Duo. - Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan adik-beradik, Ayda Jebat dan Fyna Jebat telah berjaya menduduki tangga kedua dalam program Famili Duo selama dua minggu berturut-turut.

Namun, kedua-dua adik beradik ini ternyata mempunyai semangat bersaing yang cukup tinggi serta nekad untuk membawa pulang hadiah juara mingguan, namun rezeki masih belum berpihak kepada mereka lagi.

“Memang tak dinafikan kadang kala saya dan Fyna selalu fikir nak menang untuk minggu ini. Walaupun telah berikan persembahan dan konsep yang sebaik mungkin setiap minggu, mungkin belum tiba rezeki kami untuk dinobat juara mingguan.

“Itu yang memberi kami dorongan untuk berfikir dengan lebih kreatif. Secara jujurnya, apabila mendapat kedudukan kedua setelah kami berdua cuba sedaya upaya, cabaran itu juga menjadi dorongan atau motivasi kepada saya dan Fyna.

“Kami sentiasa memikirkan apa yang perlu ditambah baik untuk minggu seterusnya dan memastikan persembahan akan datang akan dilaksanakan dengan lebih teliti dan kualiti persembahan yang terbaik kepada peminat.

“Kami akan terus berfikiran positif dengan komen-komen yang diberikan juri dan akan mengejar gelaran juara keseluruhan untuk Famili Duo musim ini,” komen Ayda Jebat.

Pada Ahad lalu, minggu kedua telah menyaksikan idea-idea kreatif dan di luar kotak oleh tujuh pasangan Family Duo yang berentap setiap minggu.

Pasangan Ayda dan Fyna Jebat membuka persembahan berpakaian serba putih dan memberi kejutan istimewa buat peminat dengan kemunculan Datuk Jalaluddin Hassan, memainkan watak sebagai ayah mereka dalam gimik persembahan menerusi persembahan lagu  ‘I Don’t Want To Miss A Thing’.

Hinggakan juri Mummy atau nama pentasnya Mas Idayu juga memberikan komen yang memberangsangkan apabila mengatakan pasangan The Jebats ini merupakan pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Mereka bijak, rajin dan kreatif dalam menyusun persembahan yang setanding pentas Anugerah Juara Lagu ini.

Minggu kedua Famili Duo yang bertemakan ‘band’ telah menyaksikan kemenangan buat pasangan sepupu Ara Johari dan Shaffiq Erwin dengan lagu ‘Sedang Ingin Bercinta’ nyanyian asal kumpulan Dewa 19 apabila menyuntik inspirasi gaya tentera.

Kedua-dua juri iaitu Mas Idayu dan Ajai berpuas hati dengan music arrangement dan persembahan secara keseluruhan mereka.

Keputusan keseluruhan peserta adalah Ara Johari & Shaffiq Erwin - Sedang Ingin Bercinta (69 peratus), Ayda Jebat & Fyna Jebat - I Don’t Want To Miss A Thing (68.4 peratus), Zaki Yamani & Yamani Abdillah - Drama (66.5 peratus) Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique - Marabahaya (64.8 peratus), Naim Daniel & Sissy Imann - Hang Pi Mana (52.7 peratus), Bella Astillah & Wani Kayrie - Aku, Dia & Kamu (38.4 peratus) serta Siti Saida & Siti Sairah - Kejoraku Bersatu (38.2 peratus).  - Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Berusia 5 Bulan

2

TARA 3 tahun yang lalu

Makanan Halal Dan Mesra Muslim Yang Boleh Anda Cuba Di Taiwan

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bukan 'The Jebats', Tetapi 'The Jamals' Yang Dinobatkan Sebagai Juara Famili Duo Musim Kedua

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN