web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Gembira Khabar Rancangan Tangani Kesesakan Jabatan Kecemasan Dan Trauma

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 9:18AM

Pengguna media sosial memuji Dr Zaliha kerana memberi perhatian terhadap isu ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma sehingga menyaksikan pesakit terpaksa menunggu giliran dalam tempoh masa cukup lama, sering menjadi isu diadukan masyarakat.

Berdasarkan nama, jabatan itu sepatutnya memberikan perkhidmatan dan rawatan paling segera, namun jumlah pesakit yang terlalu ramai menyebabkan ia sukar dilakukan.

Malah, hingga saat kini, masalah itu masih belum diselesaikan dan keadaan kesesakan pesakit di jabatan berkenaan didakwa bertambah ‘rumit’.

Justeru, pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) merangka pelan dan membuat perancangan sistematik bagi menyelesaikan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, demi memberikan perkhidmatan efisien, nyata disambut baik serta dipuji orang ramai.

Menerusi media sosial, mereka meluahkan kegembiraan dan berharap perkhidmatan hospital kerajaan, termasuk jabatan berkenaan lebih mantap.

“Thanks (terima kasih), semoga beban rakyat dan staf KKM dapat diatasi sebaik mungkin,” kata seorang pengguna, Eswary.

“Congratulations (tahniah) Dr Zaliha Mustafa. Ini adalah isu yang benar-benar perlu diteliti. Masalah kekurangan staf, doktor dan kemudahan,” ujar Cecilia Una.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat menteri yang nampak masalah ni,” komen Ismail Ibrahim.

Ada segelintir individu berkongsi pengalaman sukar mereka ketika berurusan di Jabatan Kecemasan dan Trauma berkenaan.

“Memang fobia kerana membawa ibu yang sakit menunggu selama tiga jam di bahagian kecemasan untuk berjumpa doktor sahaja, bagi mendapatkan surat janji temu jumpa pakar. Harap dapat membuat pertimbangan mengenai masalah menunggu yang lama ini, supaya pesakit lain tidak menunggu sedemikian,” ujar Low.

“Nama sahaja Jabatan Kecemasan dan Trauma, tapi tunggu berjam-jam, kadang-kadang satu hari kat sana, kecemasan apa bendanya,” tulis Rajakumaran Rajappan.

“Jabatan Kecemasan dan Trauma untuk kes kecemasan dan trauma saja, kes tak kecemasan, contoh demam, sakit pening dan lain pun ramai juga, sebab tu sesak,” tegas Rosli Saad.

Manakala, ada netizen memberi cadangan kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa bagi membantu memudahkan pihak KKM menangani masalah itu.

“Solusi yang dikira terbaik ialah penambahan klinik kecil, seperti Klinik 1 Malaysia dahulu. Walaupun sekarang dijenamakan sebagai Klinik Komuniti, namun saiz dan bilangannya dikurangkan. Sepatutnya ditambahbaik lagi.

“Kaedah ini dpt mengurangkan tumpuan ke klinik atau hospital utama bagi kes kecil,” kata seorang pengguna.

“(Menteri) Sila dapatkan pengalaman sebenar dengan turun padang melihat isu, seperti dilakukan Menteri Pengangkutan. Saya fikir ini akan membantu anda mendapatkan gambaran lebih jelas. Tiada guna berbincang. Buat tinjauan dan alami masalah itu sendiri,” cadang Nazarudin Sahak.

“Banyakkan hospital, kena ikut populasi penduduk,” ujar Leyla Isabella.

Semalam, Getaran melaporkan KKM sedang merangka pelan dan perancangan sistematik bagi menyelesaikan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, sekali gus terus memberikan perkhidmatan efisien kepada rakyat.

Dr Zaliha Mustafa berkata, usaha itu juga bagi memastikan servis diberikan sektor lain di kementerian berkenaan adalah berkesan.

“Antaranya, KKM sedang melihat kepada semua data terkini, audit dan penyelidikan berkaitan bebanan tugas serta isu kesesakan Jabatan Kecemasan dan Trauma di seluruh negara, khususnya di hospital berpakar.

“Ia bagi membolehkan KKM mengenal pasti punca dan masalah terkini dihadapi jabatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, KKM memandang serius masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kendalian kementerian itu.

Katanya, kesesakan di jabatan itu kini kembali tercetus, selepas situasi COVID-19 dilihat kian reda, apabila pesakit bukan terdiri daripada kes pandemik terbabit turut memenuhinya. - Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad