web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Terengganu, Kelantan Catat Penurunan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 9:41AM

Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan penurunan setakat 8 malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan penurunan setakat 8 malam tadi, namun penduduk di persisir pantai Sabah yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar bertambah. 

Di TERENGGANU, mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) turun kepada 1,628 orang berbanding 3,908 mangsa pada petang tadi dengan Kuala Nerus merekodkan 1,215 orang, Besut (183), Kuala Terengganu (154) dan Marang (76).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan semua PPS di Hulu Terengganu dan Dungun telah ditutup dan hanya 13 PPS masih beroperasi di empat daerah yang menempatkan 430 keluarga.

Di KELANTAN, 5,073 mangsa banjir daripada 1,692 keluarga masih berlindung di 19 PPS di Pasir Mas dan Tumpat malam ini, berkurangan berbanding 7,746 mangsa daripada 2,561 keluarga petang tadi.

Berdasarkan laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, dua sungai utama melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dengan bacaan 9.12 meter (m) dan Kampung Jambu, Tumpat (2.61m).

Di PERAK, 62 orang daripada 14 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di daerah Hilir Perak setakat 8 malam ini.

Di SABAH, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud turun kepada 143 mangsa daripada 58 keluarga malam ini berbanding 212 orang daripada 77 keluarga petang tadi.

Bagaimanapun, jumlah penduduk di persisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan akibat fenomena air pasang besar meningkat kepada 1,288 mangsa daripada 267 keluarga, berbanding 1,151 orang daripada 241 keluarga petang tadi.

Seramai 513 mangsa dipindahkan di sebuah PPS di Sandakan, 54 orang berada di sebuah PPS di Kota Kinabalu manakala 721 mangsa lagi di enam PPS di Pitas.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir kekal 84 mangsa daripada 27 keluarga dengan hanya satu PPS beroperasi iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Rimba Padi, Serian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad