web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Sita Kancil Kuning Tidak Berbumbung Tular Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 12:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menyita dua kereta jenis Perodua Kancil termasuk satu ‘Kancil kuning’ yang tular dalam media sosial yang dipandu tanpa mempunyai bumbung.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata polis telah menahan kenderaan berwarna kuning itu yang sedang dipandu seorang lelaki berumur 47 tahun pada 1 pagi tadi di Bandar Metropolitan, Kepong, di sini.

“Hasil pemeriksaan kenderaan berkenaan didapati tidak mempunyai cukai jalan, tidak mempunyai bumbung selain tayar kereta hadapan sebelah kanannya telah pecah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas kereta kuning itu dilakukan berikutan satu video tular di aplikasi TikTok berkaitan kenderaan itu.

Zulkefly berkata polis dalam masa sama membuat pemeriksaan ke atas pemilik kenderaan berkenaan yang berasal dari Raub, Pahang yang dipercayai gelandangan sebelum mendapati dia turut tidak mempunyai lesen memandu.

Beliau berkata lelaki itu turut menunjukkan sebuah lagi kereta Perodua Kancil berwarna hijau juga tidak mempunyai nombor pendaftaran selain cermin pecah pada bahagian pintu belakang sebelah kiri.

Menurutnya, polis menyita kedua-dua kereta berkenaan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tidak layak untuk berada di atas jalan raya dan membahayakan kepada pengguna yang lain.

“Saman turut dikeluarkan terhadap pemandu itu atas kesalahan tiada lesen memandu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Anjing Liar Ancam Nyawa, PBT Digesa Segera Bertindak

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kelantan Tahan 4 Lelaki Akibat Main Bunga Api Secara Membahayakan 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad