web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fahmi Kena ‘Kick’ Scammer Selepas Beritahu Dah Alert PDRM, SKMM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 5:23PM

Nombor telefon bimbit Fahmi Fadzil telah dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp oleh pihak yang disyaki sebagai scammer - Gambar Twitter Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gejala penipuan atau ‘scam’ bukanlah satu perkara baharu dan saban hari, kita terdengar pelbagai kisah orang ramai yang menjadi mangsa sindiket ini.

Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil juga tidak terkecuali cuba dijerat sindiket penipuan berkenaan. 

Menerusi ciapan di Twitter, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendedahkan bahawa nombor telefon bimbit beliau telah dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp oleh pihak yang disyaki sebagai scammer. 

Fahmi kemudiannya bertindak memberitahu dalam WhatsApp itu bahawa beliau sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung kewujudan kumpulan terbabit. 

Susulan tindakannya itu, Fahmi berkata, beliau telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp terbabit. 

“Scammer masukkan saya dalam group WhatsApp scam.

“Bila saya kata dah alert (maklum) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya kena kick (dikeluarkan),” katanya. 

Mengulas lanjut, Fahmi turut menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan agar segera menghubungi talian 997.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter mempersoalkan siapakah yang bertanggungjawab membocorkan maklumat peribadi kepada kumpulan scammer terbabit.

Malah, seorang pengguna Twitter, @faizwahab menggesa Fahmi mencari penyelesaian bagi isu pencerobohan data (breach of data) dan bagaimana nombor telefon milik orang awam dapat diperolehi sindiket berkenaan.

Sementara itu, @Badboy2662 mencadangkan agar Fahmi menghubungi rakan sejawat dari negara jiran bagi membincangkan kaedah untuk memerangi scammer pada skala yang lebih komprehensif dan besar. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan