web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Serah Sumbangan RM80,000 Kepada 2 Keluarga Mangsa Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 4:01PM

Sumbangan akan diberikan bergantung kepada kesediaan waris untuk menerimanya memandangkan ada ahli keluarga yang masih bersedih dengan kejadian itu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Kerajaan menyerahkan sumbangan berjumlah RM80,000 kepada dua keluarga mangsa tanah runtuh di Batang Kali, Selangor hari ini.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin kepada Lai Hua Kiong, 54, dan Tai Seng Fui, 63, di Kampung Machap Baru di sini hari ini.

Lai kehilangan empat ahli keluarganya iaitu Lai Chee Sam, 33, Lai See Tin, 33, Giselle Lai Yu Xi, 6, dan Jonas Lai Ze Kai, 2 , manakala Tai juga kehilangan empat ahli keluarga iaitu Tai Chang Lin, 35, Yu Siew Pay, 34, Tai Jing Key, 7, (he) dan Tai Jing Rou, 4.

Shamsul Iskandar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan berharap sumbangan itu dapat meringankan beban ditanggung keluarga berkenaan.

"Yang kedua, perdana menteri turut menyampaikan rasa terima kasih yang mendalam kepada seluruh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang bertungkus lumus sehingga semalam dan ini tentunya menuntut kepada satu komitmen yang tinggi.

"Tentunya perdana menteri dan kerajaan memandang tinggi usaha-usaha mereka, dan kita harap ia dapat jadi contoh kepada agensi-agensi lain agar dapat bekerja dalam satu pasukan dan bersungguh-sungguh untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadir sama Exco Perrpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ketua Cabang Keadilan Alor Gajah Datuk Ginie Lim Siew Lin.

Sementara itu Khairul Shahril berkata sumbangan akan diberikan bergantung kepada kesediaan waris untuk menerimanya memandangkan ada ahli keluarga yang masih bersedih dengan kejadian itu.

Katanya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga akan membuat bayaran kepada waris mangsa dengan mengambil kira tentang keperluan pihak terbabit.

Tragedi pada awal pagi 16 Disember lepas itu, membabitkan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 individu yang terdiri daripada 18 dewasa dan 13 kanak-kanak, terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

3

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar